Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

10.11.10

ego

Bismillahirahmanirahim

Pernah atau tidak, anda rasa susah nak menangis di hadapan Dia?
Dan seringkali anda cuba dan terus cuba untuk menangis di hadapan Dia tetapi tetap gagal.
Kenapa ye?
Sebab masih ada EGO dalam diri.
Merasakan diri masih lagi baik sedangkan masih banyak lagi yang perlu diperbaiki.
Merasakan diri lebih baik daripada orang-orang disekeliling tetapi sebenarnya hati mereka hanya Allah sahaja yang layak menilainya.
Dan mungkin mereka lebih lebih lebih lebih lebih baik daripada diri anda sendiri.
Sedarlah wahai diri!
Buanglah keegoanmu.
Tanam ia sedalam-dalamnya ke dalam tanah!
Dan.
Tunduklah pada Yang Maha Satu!


jika seseorang hamba tidak lagi mudah menangis kerana takut dengan kekuasaan allah…

justeru, menangislah kerana ketidakmampuan itu [the dreamer]

p/s: maaf. to remind myself.
p/s2: video yang selalu ingatkan saya untuk kembali kepada fitrah yang asal -> http://www.youtube.com/watch?v=7SpbMqI4M3E

16.8.10

...

Bismillahirahmanirahim

...

berubah

.

1.8.10

dush!

Bismillahirahmanirahim

SuhanAllah, Alhamdulillah, Allahu akbar

InsyaAllah a short post ;)

A quote given by a practising brother in a program i attended during the weekend

" Dunya is NOTHING compared to akhirah! "

SubhanAllah!

In a hadith, Prophet S.A.W said:

"The worth of THIS WORLD compared with the HEREAFTER is, as if one dips his finger in the ocean, and then examines as to how much water it brings when taken out"
[Riwayat Muslim]

SubhanAllah!

dush! [kena muka!]
it worth nothing when we don't use the days in this dunya for our akhirah
akhirah is our mission!

p/s: nag Allah more and more

1.4.10

hadiah untuk dia

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Terasa penat, namunku gagahi jua untuk menulis entri buat adik yang dikasihi. Sudah seminggu saya mendiamkan diri. Belajar daripada kesilapan lalu, tidak mahu mengulanginya lagi. Namun, sekali-sekala saya tewas dalam sudut yang lain pula. Laptop ditutup, katil pula memanggil. Allah sebaik-baik Penolong. Mujahadah sahaja kekuatan buat diri. Amanah tetap amanah.


Hari ini, hari istimewa buat si dia. Dia yang lahir pada tahun 1988. Perkenalan kami cukup singkat, Alhamdulillah kerana DIA, cinta dan rindu kami tetap subur dari hari ke hari. Perkenalan yang bermula dengan 'ingin menyewa rumah senior' menyebabkan satu tali terikat rapi. Teguh. Tersimpul erat.

Hadiah dan kad sahaja peninggalanku buat dirinya. Tidak lupa juga pelukan erat sebagai tanda sayang saya kepadanya.

Rindu.

Kata terakhir dariku.

Adikku,
walaupon kita terpisah beribu-ribu batu, ingatlah akak sentiasa mengingati dirimu.
Akakmu ini mendoakan Allah menjadikan hari-harimu dipenuhi keberkatan dan dirimu terus tsabat di jalan ini.
moga dengan hari ulangtahun ini mengingatkan dirimu akan 'kependekan umur'
i will be there whenever you need me
maaf akak tiada hadiah buatmu, doa ini sahaja pemberian akak buatmu

Salam sayang
kakakmu..

10.1.10

credits to dina

Bismillirahmanirahim..

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu Akbar..

Alhamdulillah..
everytime i watch this video, it somehow makes me sad inside. how hard Ruben tried to find the truth..and Alhamdulillah Allah lead him to it..and how he appreciate what he got
but me, i was born as a muslim..but have i've done enough?
credits to dina for this wonderful video..[it just make me cry]
jazakillah ukhti!



sometimes..it just doesn't feels rite..
we see, we know..
because everything is there in front of us..
but we tend to 'close' our eyes and hearts and look away..

sometimes.. we keep it shut for too long until HE let it 'close' forever..
and our hearts starts to feel different..
it gets painted black..dark..ruined
and it becomes blacker each day..
until no more white..no more light..

we were told..but still we remained stubborn
we felt this was enough..
we felt that what we did is gotta get us through..
but we forgot..the journey is not as easy as it is..

and we tend to be happy with what we have..
money, beauty, love, brains..
but we forgot..this is not everlasting..
because this is HIS and none are ours..

and that place..will be everlasting..

O Allah!

"..Verily, it is not the eyes that grow blind, but it is the hearts which are in the breast that grow blind" [Al-Hajj (22) : 46]

23.12.09

hidup untuk memberi

Bismillahirahmanirahim

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar

[satu ketika..]

"Kamu tontonlah cerita itu. InsyaAllah akan memberi banyak manfaat buat kamu"
Ini merupakan kali kedua dia mengesyorkan kami menonton filem indonesia arahan Riri Riza berdasarkan sebuah novel karya Andrea Hirata.

Akhirnya, dua minggu yang lepas, Alhamdulillah, saya berjaya menonton filem itu. Benarlah kata-katanya, banyak manfaat yang saya dapat malah telah berjaya menaikkan kembali semangat saya.

Dan ini adalah part yang paling best bagi saya.


“Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya..bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya..,”

Saya tidak mahu menghurai banyak. Cukuplah sekadar ini sahaja.

Tonton dan buatlah penilaian sendiri.

^_^

Sekian

p/s1: jzkk kak
p/s2: jom menjadi lebih baik!
p/s3: all the best alin. gudluck untuk esok. akak doakan moga Allah bagi yang terbaik [sebab Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik buat kita ;)]

8.12.09

kembali

Bismillahirahmanirahim..

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar..

Sudah lama saya membiarkan blog ini menyepi.
maafkan saya.
posting surgery yang baru masuk minggu kedua ini benar-benar menguji ketabahan dan kesabaran saya serta mengukur setakat mana pergantungan saya padaNya.
kelas tambahan, assignment yang banyak, kena marah [atas silap saya juga]
betul-betul menguji fizikal, mental, emosi dan rohani saya.
sehingga akal ini dipenuhi dengan 'surgery, surgery, surgery'..
astaghfirullah al-azim
betapa lemahnya saya.
jatuh tersungkur...

Alhamdulillah
akhirnya selepas 3 hari "berperang" akhirnya saya menjumpai solusi!

DIA! ^_^

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

"..Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram."[Surah Ar-Rad:28]



20.11.09

segenggam tabah

Bismillahirahmanirahim

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar

saya minta maaf.
sebab?
blog ini sepi sekian lama.
banyak perkara yang ingin dikongsi, cuma daripada mana harus saya mula?



ujian...

sudah seminggu saya naik turun anak tangga.
terasa semakin banyak anak tangga yang perlu dilalui.
daripada jauh saya dapat melihat dia memandang saya, menghulurkan tangannya
tetapi tak tercapai oleh saya.
namun dia tetap senyum, dia tetap menunggu dan yakin tangan saya akan memegang tangannya, kalau bukan hari ini, pasti esok atau lusa, atau hari-hari yang akan datang..
InsyaAllah, sekiranya Allah izinkan saya.

semalam dia menemani saya
mencari ketenangan di tempat itu.
tempat di mana kami selalu berkunjung apabila hati mulai sakit, apabila diri mulai jatuh, apabila terasa amat jauh
dia berbicara, mengingatkan saya
'Kalau kita cemerlang dengan Al-Quran, InsyaAllah kita akan cemerlang dengan semua perkara'
'Bila hati kita rasa rindunyaaaa nak baca, nak tadabbur ayat-ayatNya, sungguh kita akan dekat dengan Dia'
'Pegang pada satu ayat yang setiap kali kita jatuh, kita pegang, dan pegang pada ayat itu, yang akan ingat kita padaNya, yang buat kita bangkit kembali'

segenggam tabah...

setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya.
Allah s.w.t mempunyai rahsiaNya yang tersendiri, sama ada Allah hendak menambah iman kita atau Dia ingin menguji sejauh mana keimanan dan kesabaran kita.
Dan selalunya apabila ditimpa ujian, ujian itulah yang membuka mata hati kita supaya tidak mudah berputus asa, tidak mudah 'memanjakan diri', tidak mudah mengeluh dengan kehidupan yang penuh dengan onak dan duri.
malah ujian sebenarnya mendekatkan kita padaNya, membuatkan kita bergantung sepenuhnya pada Dia, mematangkan diri kita, dan mengajar kita untuk redha dengan apa yang ditimpa ke atas diri kita
dan pasti ada mereka di luar sana yang ditimpa ujian yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar daripada kita

akhirnya saya sedar
syurga itu bukan untuk mereka yang mudah berputus asa, bukan untuk mereka yang mudah mengeluh, bukan untuk mereka yang terus berpaling dan menuruni anak tangga sehinggakan tidak mahu menaiki kembali anak tangga itu
dan pasti jalan ke syurga itu bukan mudah dan memerlukan pengorbanan yang sangat besar untuk melaluinya
dan pasti hasilnya sungguh memuaskan..

[--]

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimmu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

"Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang ALLAH mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan"
[Riwayat Al-Bukhari]
---

kena kuat, kena tabah!

buat ukhti, Jazakillah!!
uhibbukifillah!

30.10.09

'mixture'


Bismillahirahmanirahim

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar


telefon bimbit diletak
macam2 yang bermain di fikiran saya
dan kini dia masih dalam keadaan coma

pagi

wad x

'salam pakcik. macamana pakcik hari ini?'
'Alhamdulillah baik skit nak'
'ada sakit2 kt dada lagi?'
'dah kurang skit'
saya rasa cukup lega.

sudah 3 hari saya mengikuti perkembangan dirinya.
failnya saya belek. sekadar melihat test2 yang telah dijalankan sewaktu ketiadaan saya.
memastikan blood glucosenya sentiasa berada pada kadar yang sepatutnya.
walaupon diri belum layak.
[mungkin atas kesedaran sendiri :)]

'dah makan pakcik?'
'Alhamdulillah nak. pukul 6 pagi tadi pakcik dah makan'
'pakcik, naik ni'
'ye ker? ala, tak dapat balik la macam ni'
kesedihan kelihatan dimukanya.

12 tengahari

'nak!'
'ye pakcik'
'pakcik dah boleh balik!'
'iye?'
saya membelek fail rekodnya
'Alhamdulillah, turun pakcik'
dia tersenyum [sampai ke gigi :)]

'pakcik doakan awak berjaya la ye. mana tau kalau umur pakcik panjang, awak pulak yang rawat pakcik'
'InsyaAllah pakcik'
'terima kasih nak'
dan saya memberi senyuman yang terakhir buatnya
Alhamdulillah, bersyukur tak terkata. seronok apabila melihat dia sihat sepenuhnya.

1.00 petang

saya mendapat panggilan daripada ayah.
pak ngah saya kini di hospital seremban dalam keadaan coma.
hilang segala kegembiraan.
hati mula menjadi risau..

saya termenung sendiri
mungkin itu yang Allah nak ingatkan
ini semua urusan Dia
SubhanAllah..

"Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, "Jadilah!" maka jadilah sesuatu itu. Maka Maha suci (Allah) yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNya kamu dikembalikan."
[Surah Yasin: 82-83]

moga Allah berikan yang terbaik buatnya..
InsyaAllah

24.10.09

words for today




"cinta manusia urusan Allah. Cinta kita pada Allah --> urusan kita. Jangan nak fikir urusan Allah andainya urusan kita belum selesai"


[Jazakillah enti. uhibbukifillah! :)]

p/s: pesanan seorang kakak yang dekat di hati 'cintu itu satu, Allah~' ;)