20.3.10

hitam, putih

Bismillahirahimanirahim

tiada kelabu
hanya hitam atau putih
pilih lah wahai insan

19.3.10

hidupkan hatimu

Bismillahirahimanirahim

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu akbar

Alhamdulillah masih diberi nikmat iman dan islam

Anda?

Sudah lama rasanya tak menulis entri untuk blog ini. Seringkali saya copy paste sama ada video mahupun artikel. Sedih sebab bukan originally daripada saya. Saya selalu ada masalah apabila nak update blog, buat entri baru. Dalam minda ni, ada macam-macam perkara nak kongsi dengan anda semua, tetapi itulah masalah saya.
Apakah masalahnya?
Pernah tak anda rasa nak buat sesuatu, tetapi bila anda nak buat, hilang. Idea lenyap begitu sahaja [pergi ke mana ye?]. Setiap kali nak update blog hilanglah segala idea tetapi masa saya tengah lipat baju, kemas bilik, buat sdl, tengah berjalan [huhuhu!] atau tengah studi, masa tulah banyak idea. Cuma idea tu setakat dalam minda je [takkan nak berlari2 buka laptop then nak tulis apa dalam minda], sampaikan ada running commentary --> seribu ayat dah siap, kadang2 mungkin satu entri ada dalam ni [tunjuk kat kepala]. Dan tak wajarlah kalau saya nak ketepikan semua kerja-yang saya tengah buat masa tu. Tak adil la saya kalau saya buat macam itu. Betul tak?
Maka, inilah jadinya. Blog kosong....:(

okay, cukup tentang itu

masa untuk berkongsi!

hidupkan hatimu

pada suatu malam, selepas solat isyak

"awak, macamana nak selalu rasa up. iman upppp je. tiada decline hanya plateau atau incline. macamana nak rasa tenang dan selalu rasa dekat dengan Dia eh?", ira bertanya dengan dahi yang berkerut

"itu", lia menjawab sambil menuding jarinya ke arah raknya dimana terletak Al-Quran kesayangannya dan lia berkata lagi,
"kalau awak jaga tu, awak baca selalu, awak sayang dia, awak tadabbur ayat2nya, insyaAllah awak akan rasa ada satu connection dengan Al-Quran awak dan insyaAllah awak akan rasa tenang malah awak akan rasa dekat sangat dengan Pencipta kita"

"ermm, insyaAllah nanti ira cuba"

Salah satu cara untuk bersihkan hati ialah dengan membaca Al-Quran dan maknanya.

Tadabburlah ayat-ayatnya.
Tidak dapat tidak bacalah ayat-ayatnya. InsyaAllah, akan memberi ketenangan yang pasti malah membentuk peribadi yang lebih baik, insyaAllah.


Ayat-ayat Al-Quran semuanya ada impak yang baik pada diri walaupun hanya sekadar membacanya sahaja. Sekiranya ditadabbur, lagi mantap lah impaknya kan? :)

Mereka

Al-Quran dalam hidup mereka

"Saya nak bawa, tapi saya risaulah sebab nak jalan jauh ni. saya bawa tafsir je"
"ermm, boleh awak tengokkan Al-Quran saya tak masa ketiadaan saya nanti? awak baca lah sekali sekala supaya dia tak sedih?"

memang setiap malam dia akan bersama Al-Quran kesayangannya, baca, baca dan baca dan sekiranya dia sedih, ayat-ayatnya akan dia baca untuk tenangkan dirinya.

itu dia :).

ada lagi...

seorang kakak yang selalu dapat markah cemerlang dalam peperiksaan. Alhamdulillah
mudah baginya..
setiap masa, ada tafsir di sampingnya.
dan saya masih ingat nasihat ayahnya yang dia share dengan kami:

"ayah akak selalu pesan, kalau ngantok, baca Al-Quran dan faham maknanya. lepas tu baru sambung balik studi. InsyaAllah, akan mudahkan proses input dan masa exam nanti proses output"

maka, jadikanlah Al-Quran sebagai favourite book kita [buku yang lain daripada yang lain] dan peneman paling setia!
InsyaAllah akan melapangkan dada dan mendekatkan diri kita padaNya.
jangan biarkan hati kita mati, dan jangan biarkan Al-Quran dibiarkan di atas rak tanpa dibaca kerana kita tidak mahu menjadi antara orang-orang yang rugi.

"Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman" [Surah Al-Israk: ayat 82]

ayuh, bersihkan hatimu~

wallahualam

nota kaki: saya teringin nak kongsi satu analogi tentang tajuk ini, tetapi lupa jalan ceritanya. InsyaALLAH di post akan datang.

18.3.10

Perspektif Kehidupan

Bismillahirahmanirahim

by rAmmoRRison

Hidup ini indah. Adakala keindahan itu dilindung mendung dan awan kelabu. Adakala keindahan bertambah seri disinari mentari. Keindahan dan kesayuan silih berganti dan kita sendiri tidak pasti. Adakala kita berkobar-kobar dan mengimpikan syurga, lantas kita merasakan hidup ini penuh erti dan penuh isi. Adakala kita merasa sangat lemah dan terbayang neraka, lalu merasakan hidup ini tiada harapan lagi dan kosong tak bermakna. Kita termenung sendiri, mencari erti di sebalik perhentian-perhentian dalam kehidupan.

Kita tidak memilih untuk dihidupkan, tapi kita boleh memilih untuk hidup sepenuh hati. Begitu juga kita tidak tahu bila akan mati, namun kita boleh membuat persediaan menghadapinya. Dalam hidup ini, tak semua yang kita ingini akan kita perolehi dan tak semua yang kita miliki akan kekal abadi menjadi milik kita. Semalam takkan datang lagi dan besok pula belum pasti. Apakah harus kita merasa terlalu risau tentang sesuatu yang belum pasti sehinggakan lupa mengisi kehidupan hari ini yang pasti? Kita sedang hidup dan itu adalah suatu kepastian. Besok belum pasti dan itu urusan Dia yang tahu segala.

Hidup di dunia sementara, itu pasti. Satu hari di dunia berakhir tanpa kita sempat berbuat segala-galanya. Jangan biarkan umur kita berakhir tanpa kita sempat bersedia berpindah ke alam yang kekal selama-lamanya. Pernah suatu masa kita belum muncul di dunia, dan akan tiba masanya kita meninggalkan dunia. Persoalannya untuk apa kita dibawa ke dunia dan untuk apa pula nanti kita pergi darinya? Kita sendiri tidak pasti bila saatnya kita tersedar bahawa kita sedang hidup di dunia. Benarlah gambaran Al-Quran bahawa hidup kita di dunia ini hanya sepetang. Kita akan rasakan betapa singkatnya ia tatkala kita dibangkitkan di akhirat. Sedarkah kita?

Telah semakin dekat hari perhitungan amal manusia sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia) dan berpaling (dari akhirat)” Al-Anbiyaa’ : 1

Beruntunglah orang yang mengisi kehidupan dunia ini dengan sehabis baik kerana ada yang lebih baik menanti dalam kehidupan selepas dunia. Rugilah orang yang mensia-siakan kehidupan dunia kerana di sana menanti seksa selama-lamanya. Beruntunglah orang yang melihat dunia daripada perspektif pencipta kerana apa yang digambarkan sudah tentu menepati tujuan penciptaan. Rugilah orang yang memandang dunia dengan kaca mata nafsu kerana ia pasti terpesong daripada hala tuju.

Perspektif kehidupan ini digambarkan dalam Al-Quran dan dicontohi ke dalam kehidupan melalui As-Sunnah. Sungguh benar sabda Rasul bahawa tidak akan sesat orang yang berpegang kepada kedua-dua elemen yang menjadi dasar kepada kesejahteraan hidup di sini dan di sana.

Jika kita ingin hidup seperti mana yang kita kehendaki, bukan sepertimana yang Dia kehendaki, ciptalah satu bumi khusus untuk kita sendiri yang hanya kita berhak meletakkan aturan di dalamnya. Mampukah kita?

Jika tidak mampu, Percayalah bahawa perspektif kehidupan yang paling tepat adalah daripada Dia yang menciptakan kehidupan ini…

http://zulyunus.com/2009/04/04/perspektif-kehidupan/

10.3.10

be the best


Be The Best of Whatever You Are

by Douglas Malloch

If you can't be a pine on the top of the hill
Be a scrub in the valley--but be
The best little scrub by the side of the rill;
Be a bush if you can't be a tree.

If you can't be a bush be a bit of the grass,
And some highway some happier make;
If you can't be a muskie then just be a bass--
But the liveliest bass in the lake!

We can't all be captains, we've got to be crew,
There's something for all of us here.
There's big work to do and there's lesser to do,
And the task we must do is the near.

If you can't be a highway then just be a trail,
If you can't be the sun be a star;
It isn't by size that you win or you fail--
Be the best of whatever you are!


p/s: jzkk kak sumayyah~

9.3.10

terus

Bismillahirahmanirahim

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.

jazakillah uti2ku~

p/s: adik, bertahan ye
p/s2: uti iman, cilok kata 'uti' awk ye. sgt comel!