Showing posts with label reminders. Show all posts
Showing posts with label reminders. Show all posts

10.11.10

ego

Bismillahirahmanirahim

Pernah atau tidak, anda rasa susah nak menangis di hadapan Dia?
Dan seringkali anda cuba dan terus cuba untuk menangis di hadapan Dia tetapi tetap gagal.
Kenapa ye?
Sebab masih ada EGO dalam diri.
Merasakan diri masih lagi baik sedangkan masih banyak lagi yang perlu diperbaiki.
Merasakan diri lebih baik daripada orang-orang disekeliling tetapi sebenarnya hati mereka hanya Allah sahaja yang layak menilainya.
Dan mungkin mereka lebih lebih lebih lebih lebih baik daripada diri anda sendiri.
Sedarlah wahai diri!
Buanglah keegoanmu.
Tanam ia sedalam-dalamnya ke dalam tanah!
Dan.
Tunduklah pada Yang Maha Satu!


jika seseorang hamba tidak lagi mudah menangis kerana takut dengan kekuasaan allah…

justeru, menangislah kerana ketidakmampuan itu [the dreamer]

p/s: maaf. to remind myself.
p/s2: video yang selalu ingatkan saya untuk kembali kepada fitrah yang asal -> http://www.youtube.com/watch?v=7SpbMqI4M3E

5.11.10

cuti

Bismillahirahmanirahim

Cuti bermula.

Ketika ini diri perlu kuat dan teguh supaya tak tertinggal jauh.
'Hubungan dengan Allah perlu kuat,tarbiyyah dzatiyyah perlu mantap'
Itu pesanan seorang sister buat saya.
Bergantung sepenuhnya pada Allah itu solusinya.
Yakin DIA sentiasa bersama kita dan ada dua malaikat yang sentiasa mencatat amalan kita.
Amalan-amalan itu akan secara rasminya ditunjukkan kembali pada kita satu hari nanti.

Dan saya sangattttttttttttt impikan untuk menjadi salah seorang daripada mereka yang diberikan kembali kitab amalan mereka itu di tangan kanannya.

"Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tidak ada sesuatupun dari kamu yang tersembunyi (bagi Allah) (18). Adapun orang yang kitabnya diberikan di tangan kanannya, maka dia berkata " Ambillah, bacalah kitabku (ini) (19)."Sesungguhnya aku yakin bahawa (suatu saat) aku akan menerima perhitungan terhadap diriku (20). Maka orang itu berada dalam kehidupan yang diredhai (21), Dalam syurga yang tinggi (22), Buah-buahannya dekat (23), (kepada mereka dikatakan) "Makan dan minumlah dengan nikmat kerana amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang lalu" (24)" [Al-Haqqah:18-24]

Dan jauhhh sekali saya ingin menjadi mereka yang mendapat kitab amalan di tangan kiri mereka.

"Dan adapun orang yang kitabnya diberikan di tangan kirinya maka mereka berkata "Alangkah baiknya jika kibatku (ini) tidak diberikan kepadaku (25). Sehingga aku tidak mengetahui bagaimana perhitunganku (26),wahai, kiranya (kematian) itulah yang menyudahi segala sesuatu (27). Hartaku sama sekali tidak berguna bagiku (28), kekuasaanku telah hilang dariku" (29). (Allah berfirman) "Tangkaplah dia lalu belenggulah tangan ke lehernya"(31). Kemudian masukkanlah dia ke dalam api yang menyala-nyala.(32)" [Al-Haqqah:25-32]

Tetapi, sejauh mana layaknya saya untuk menjadi golongan yang berjaya yang disebut dalam ayat 19 itu?
....

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih, Maha Pengampun. Dan selagi mana Allah masih memberi peluang untuk jantung ini berdenyut, paru-paru ini bernafas, akal ini untuk berfikir, maka insyaAllah masih ada peluang yang Allah berikan pada kita.

But!

jangan take it for granted sebab jika kita tak gunakan peluang yang ada ini, mungkinkah ada peluang seterusnya?

wallahualam

[kuat!!!!]

p/s1:rinduuuuuuuuuuuuu Rasulullah~ T_T
p/s2:semoga mereka selamat menunaikan ibadat haji

26.6.10

inilah Islam

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum
Moga kalian semua dibawah payung lindungaNya insyaAllah

Lamanya tak menulis.
Haih, masih belum konsisten dalam penulisan. Teringat pesanan kak A buat sahabat saya, Halawatuliman (bukan nama sebenar)
"tulis secara konsisten. tulis 10 ayat pun takpe. asalkan konsisten"
istiqamah. suka dengar perkataan tu, tetapi nak mengamalkannya, susah! tidak dapat tidak kena berusaha!

teringin nak menulis cuma itulah ilham datang dan pergi begitu sahaja.

insyaAllah, sedikit perkongisian yang diambil daripada buku 'Bagaimana menyentuh hati, Abbas As-Siisiy

-----

Kisah ini dialami oleh seorang muslim warga negara Jerman yang bernama Yahya Syuvskuh. Kisah ini bermula tatkala ia dan isterinya menumpang kenderaan umum. Waktu itu mereka berdua duduk di kursi. Tidak lama kemudian seorang lelaki tua berbangsa Afrika naik dan ternyata kerusi-kerusi sudah penuh dengan penumpang, sehingga lelaki tua itu berdiri. Dengan cepat Yahya bangkit dan mempersilakan lelaki tua itu untuk duduk. Lelaki tua itu pun berterima kasih lalu duduk, namun tiba-tiba dia menangis. Yahya terkejut dan bertanya tentang sebabnya, tetapi tak menemukan hasil, kerana lelaki tua itu berbicara dengan bahasa Inggeris sedangkan Yahya tidak boleh berbahasa Inggeris. Lalu ia mencari tahu dari para penumpang yang lain, dan dari merekalah ia mengetahui bahawa lelaki tua itu datang dari Afrika Selatan dan baru pertama kali dia melihat ada orang kulit putih yang mahu memberikan tempat duduknya. Yahya menceritakan kisah ini seraya berkata "Inilah Islam"


Masih dalam kisah Yahya, kisahnya kali ini terjadi tatkala ia berada di kota Makkah. Ketika tiba waktu solat, ia pergi ke Masjidil Haram . Ia lupa untuk membawa sejadah. Tatkala berdiri untuk melakukan solat ia melihat ke tempat sujudnya terdapat batu-batu kerikil, ia berkata "ini adalah bahagianku". Akan tetapi, tiba-tiba orang berkebangsaan India yang berada di sebelahnya melepaskan jaketnya dan menghamparkan di tempat sujud Yahya. Yahya menutup kisahnya dengan ucapan "Inilah Islam"

-----
SubhanAllah!
T_T
Agama Allah - Islam ituuuu innnnndahhhhhhh. kan? kan?
Cuma sekarang..... keindahan itu tidak kelihatan =(
Yosh duta-duta Islam!
kita kongsikan keindahan Islam!

21.5.10

friday reminder : wasting time

Bismillahirahmanirahim

Friday reminder : wasting time


*Allergic to lagha! :)
** jzkk nazirah azman~

20.5.10

halwa telinga

Bismillahirahmanirahim

assalamualaikum..

mengharapkan hari ini lebih lebih lebih baik daripada semalam. insyaAllah, insyaAllah, insyaAllah.
apa khabar iman hari ini? tepuk dada tanya iman kan?

pelik kan. walaupun kita tahu dunia ini hanya sementara, at times kita terlalu obses dengan dunia ini. sedangkan apa yang kita miliki, atau apa yang berlaku kepada kita [kegagalan dan sewaktu dengannya] bukanlah penentuan segala-galanya. [ish ish..reminder buat diri]

baik. sebulan yang lepas di program Qiam, Ust. Najib pernah share ini dengan kami

Ada tiga anak pokok yang diletakkan di dalam bilik yang berbeza
1- dalam bilik yang dipasang Al-Quran
2- dalam bilik yang dipasang lagu sentimental
3- dalam bilik yang dipasang lagu hard rock

agaknya anak pokok mana yang akan tumbuh dengan 'cemerlang'?
..
..
..
..
..

a'ah. mestilah yang anak pokok dalam bilik yang pertama.
it goes the same with our hearts...
Ayat-ayat Al-Quran yang dapat menyuburkan hati kita.

dengarlah lagu sentimental, korean ker, jepun ker, or any english songs
atau pon dengarlah lagu maher zain, sami yusof, outlandish, etc
tetapi rasanya berbeza. tidak akan sama dengan mendengar ayat-ayatNya.
ada perbezaan yang ketara - ketenangan

give a thought dan cubalah. :)


[Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah]

12.5.10

r.e.d.h.a

Bismillahirahmanirahim

redha..
belajar untuk mengenal erti redha...

redha ialah berlapang dada atas ketetapan Allah s.w.t dan membiarkan keberadaan rasa sakit, walaupun ia merasakannya. keredhaanya meringankan deritanya. Dan apabila redha semakin kuat, ia mampu menepis seluruh rasa sakit dan derita.

berlainan pula dengan sabar. sabar ialah menahan diri daripada kemarahan dan kekesalan ketika merasa sakit dan berharap derita itu segera hilang.

mereka yang redha adalah mereka yang dapat menghayati hikmah dan kebaikan Allah yang mendatangkan ujian

Anas bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w, beliau bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum Dia menguji mereka. Barangsiapa yang redha niscaya ia akan mendapatkan redhaNya. Barangsiapa yang kesal dan benci niscaya ia akan mendapatkan murkaNya"
[H.R. At-Tirmizi]

lihatlah pada sahabat Rasulullah

Suatu ketika Ali bin Abi Talib mendapati 'Ady bin Hatim sedang bersedih.

"Mengapa kamu bermuram durja?"

"Apa tidak boleh aku bermuram durja sedangkan dua anakku baru sahaja terbunuh, mataku juga baru sahaja tercungkil?" jawab 'Ady

"Wahai 'Ady, barangsiapa redha dengan ketetapan Allah maka sesungguhnya ketetapan Allah tetap terjadi, dan dia mendapat pahala. Dan barangsiapa yang tidak redha dengan ketetapanNya, sesungguhnya ketetapanNya tetap terjadi dan amalan orang itu terhapus" tutur Ali

-------------

cakap senang kan?, tapi selalu je lupa
baik, kena berusaha ^_^

11.5.10

::malu::

Bismillahirahmanirahim

terkesan dengan artikel ini

Perkongsian: Wahai Perempuan, lihatlah Anak Syu'aib ituMalulah, seperti malunya Anak Syuaib AS ~ Picture by yip87
Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS ~ Picture by yip87

Ya Allah, kurniakanlah sifat malu kepada perempuan hari ini, sebagaimana sifat malu yang wujud pada Anak Syu’aib. Ya Allah, kurniakanlah sifat malu kepada perempuan hari ini, sebagaimanan sifat malu yang wujud pada Anak Syu’aib. Ya Allah, kurniakanlah sifat malu kepada perempuan hari ini, sebagaimana sifat malu yang wujud pada Anak Syu’aib.

Katakanlah amin.

Saya kagum dengan sifat malu yang wujud pada Anak perempuan Nabi Syu’aib. Selama ini saya sudah tahu akan kisahnya, tetapi semalam saya mendengar dengan penjelasan yang sangat-sangat mendalam, mencucuk, dan memberikan kesan dalam jiwa saya.

Moga keluarga perempuan saya, bakal isteri dan anak-anak saya, semuanya Allah kurniakan sifat malu yang ada pada Anak Syu’aib. Sememangnya sifat malunya, perlu dicontohi perempuan yang ada.

Lelaki juga, apa salahnya mengambil pengajaran daripadanya.


Kisah yang tercatat di dalam Al-Quran

“Dan ketika dia(Musa) sampai di sumber air negeri Madyan, ia dapati di situ sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan ia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan(ternakan mereka berdua). Dia bertanya: Mengapa dengan kamu berdua(menahan ternakan)? Mereka menjawab: Kami tidak dapat memberi minum (ternakan kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya.”

“Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.

“Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata:” Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”. Surah Al-Qasas ayat 23-25.

Di dalam kisah pendek tiga ayat ini, tersembunyi ibrah yang sangat besar. Bukan hanya kisah pertemuan Musa dengan Anak Nabi Syu’aib yang kemudiannya mendidik kesabaran Musa. Bukan juga hanya kisah Musa yang baik hati membantu perempuan yang lemah. Bukan juga hanya kisah aturan Allah SWT yang cantik mengaturkan perjalanan Musa dalam rangka menjadikannya sebagai Nabi.

Tetapi di dalam tiga ayat ini, terdapat juga didikan untuk wanita.

Allah hendak menunjukkan bagaimana urusannya wanita dan lelaki, dengan menunjukkan sifat malu yang wujud dalam diri Anak-anak Syu’aib.

Wahai manusia, Allah sedang berbicara dengan anda berkenaan Sifat Malu.

Sifat malu yang sangat tinggi

Anak-anak Nabi Syu’aib tidak membenarkan diri mereka bercampuran dengan lelaki-lelaki lain walaupun mereka mempunyai kerja yang penting – memberikan minuman kepada ternakan mereka.

Mereka sanggup menahan ternakan mereka dan menanti walaupun keadaan itu sangat memberikan kekurangan kepada ternakan mereka nanti. Alasan lemah adalah alasan yang kedua. Alasan utama adalah kerana bergaulan, bercampuran dengan lelaki sememangnya menjatuhkan akhlak mereka.

Kita sendiri, kalau melihat perempuan tolak menolak dengan lelaki, berebut-rebut dengan lelaki, bersentuhan tangan, bergeselan badan, bagaimana agaknya persepsi kita?

Maka Anak-anak Syu’aib menanti. Biar lapang baru mereka pergi. Tidak melanggar adab pergaulan, dan tidak pula mengundag kecederaan.

Namun, melakukan sedemikian pastinya satu kekurangan untuk mereka. Kekurangan untuk binatang ternak mereka membesar dengan baik. Tetapi lihatlah Anak-anak Syu’aib, dunia dan akhirat yang mana mereka pilih?

Penjagaan diri mereka ini membuatkan mereka sangat mahal.

Tidak memanjangkan bicara 1(kondisi diajak bicara)

Musa yang berehat di bawah pokok berdekatan hanya memandang. Pelik di matanya melihat dua orang perempuan berdiri menunggu di tepi sumber air bersama ternakan mereka. Pastinya dua perempuan itu bukan menanti suami atau ayah mereka siap memberi minum pada ternakan kerana keduanya membawa ternakan masing-masing.

Atas dasar ambil berat, Musa bangun dan bertanya.

“Mengapa dengan kamu berdua?”

Dan lihatlah bagaimana cantiknya akhlak Anak-anak Syu’aib. Lihatlah bagaimana mereka menjawab dengan kata-kata yang pendek, tidak meleret-leret, malah menutup lubang untuk menyambung bicara lain.

Terus sahaja mereka menjawab: “Kami tidak dapat memberi minum (ternakan kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya”

Terus kepada point. – Kami tidak dapat memberi minum sehingga pengembala-pengmbala itu mebawa balik binatang ternak masing-masing –

Menutup ruang untuk perbualan berpanjangan – dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya –

Lantas Musa tidak menyambung perbualan mahupun bertanya lagi. Malah dia juga sudah tiada alasan untuk bertanya kerana segalanya telah terjawab dengan jawapan ringkas itu. Kata-kata “dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya” itu telah menjawab soalan-soalan seperti: “Habis, mana ayah awak?”, “Abang awak tak ada ke?”, “Ish, kesiannya, kenapa ya macam tu?” dan lain-lain.

Sangat bersih peribadi Anak-anak Syu’aib dalam menjaga diri mereka. Tidak berminat memanjangkan bicara yang tiada kepentingannya. Dan lihatlah pula kepada Musa, sangat bersih peribadinya dengan tidak mencari atau memikirkan mana-mana peluang lain untuk berbual, tetapi tanpa banyak bicara terus membantu ketika itu juga.

Tidak memanjangkan bicara 2(kondisi pemula bicara)

Dan apabila Nabi Syu’aib melihat kedua anaknya pulang lebih awal dari biasa, dia kehairanan dan bertanya. Maka kedua anak itu menceritakan perihal lelaki yang berteduh di bawah pokok. Maka Nabi Syu’aib mengarah salah seorang anaknya pergi memanggil.

Lihatlah bagaimana anak itu, walau berseorangan, tidak lagi ditemani ahli keluarganya, tidak pula mengambil peluang bermanja-manja atau berkenalan dengan lelaki yang berjasa itu.

Malah dia berjalan dengan tersipu-sipu, berjalan atas sifat malu, dan terus berkata menyampaikan hajatnya:

“Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”

Tidak pula dia meleret-leret atau berpusing-pusing dahulu dengan sembang-sembang lain, tanya-tanya lain seperti:

“Eh awak, terima kasih lah tadi ya. Awak baik sangat. Walaupun kita tak kenal… bla bla bla”

“Awak siapa nama ya? Terima kasihlah tadi ya. Ah, ni ayah saya panggil. Dia kagum dengan awak. Yalah, siapa yang nak tolong perempuan masa ni… bla bla bla”

Tetapi Anak Syu’aib itu terus pada pointnya tanpa memanjangkan bicara – Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami – Habis cerita dan tiada lagi alasan untuk menyambung sembang baik dari Pihak Musa, mahupun pihaknya.

Dia melaksanakan amanah bapanya tanpa mengambil celahan pada amanah itu.

Bersihnya peribadi Anak Syu’aib. Sifat malunya sangat tinggi. Sangat menjaga budi pekerti. Tiada langsung apa yang dikatakan ‘gedik’ oleh manusia hari ini. Langsung tidak mengambil peluang berduaan dengan jejaka berjasa yang hebat itu. Dan lihatlah Musa. Bersihnya peribadi Musa, tidak pula mengambil peluang berduaan itu dengan memanjang-manjangkan sembang, mencari peluang berkenalan dan sebagainya.

Bagaimanakah kita hari ini?

Melihat Anak-anak Syu’aib, kita sepatutnya persoalkan diri kita.

Bagaimana kita hari ini?

Bila memberikan bantuan, bila meminta pertolongan, bila berbincang untuk sesuatu program di dalam mesyuarat, bila di Facebook, YM, dan di macam-macam situasi lagi. Bagaimanakah kita?

Di sini perlu kita lihat. Bagaimana Allah menunjukkan sikap Anak Syu’aib dan Musa AS. Anak Syu’ain mewakili perempuan, dan Musa AS mewakili lelaki. Bagaimanakah keadaan mereka, pergaulan mereka, akhlak dan peribadi mereka.

Adakah kita mencontohi?

Kebanyakan kita, kalau bercerita akan kisah Musa dan Anak Syu’aib, tak habis-habis menceritakannya dari sudut percintaan. Entahlah, saya pun tak faham. Kisah Nabi Yusuf dengan Zulaikha pun pergi cerita macam itu juga, balik kepada cinta.

Cinta nak kecoh. Malu tak mahu cerita. Macam mana masyarakat nak jadi bagus?

Penutup: Saya sangat kagum dengan Anak Syu’aib

Huraian ini diceritakan oleh pensyarah Hadith saya semester ini, Dr Samirah Tohir. Semasa dia menceritakan cerita ini, saya tak henti-henti tersengih. Entah kenapa, saya terbayang-bayangkan wanita yang mempunyai sifat malu seperti ini.

Alangkah indahnya dunia kalau dipenuhi wanita-wanita sebegini. Terjaga pergaulan mereka, bersih peribadi mereka, cantik akhlak mereka, mahal harga diri mereka.

Kisah ini membuatkan saya berazam untuk mendidik diri dengan lebih kuat lagi. Biar nanti kalau Allah kurniakan saya anak perempuan, saya senang anak perempuan saya terjaga seperti terjagana anak-anak perempuan Syu’aib.

Semestinya, anak-anak perempuan Syu’aib mempunyai akhlak yang sedemikian kerana terdidik dengan didikan ayahanda mereka, Nabi Syu’aib AS.

Ya Allah, kurniakanlah sifat malu Anak Syu’aib itu kepada perempuan hari ini.

Ya Allah, kurniakanlah juga keindahan akhlak Musa itu kepada lelaki hari ini.

Sumber: http://ms.langitilahi.com/perkongsian-wahai-perempuan-lihatlah-anak-syu’aib-itu/comment-page-1/#comment-10212