10.5.10

yosh!

Bismillahirahmanirahim

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu akbar

Panggilan bonda tempoh hari mengingatkanku kembali akan tanggungjawab yang sedang dipikul. usaha masih tidak cukup. keputusan peperiksaan yang lalu menjadi wake up call buatku. secara tak langsung peringatan daripadaNya.

'Diri masih belum cukup bermujahadah' monolog diriku.

"takpe, take your time. fokus lebih sikit" kata bonda

mereka tidak pernah mendesakku untuk mengambil aliran ini. tiada paksaan.
tiada.
hanya rela hati.
dan mereka sentiasa bimbang sekiranya akan terjadi apa-apa padaku. soalan yang biasa mereka tanya kepadaku ialah "boleh cope dengan studies?".
hati bonda mana yang tidak bimbang akan anaknya setelah mendengar berita student medikal yang boleh sakit jiwa. insyaAllah, tidak bonda. itu janji diriku pada mereka. Allah ada bersama anakmu ini selalu, dan ilmu ini perlu ku tuntut untuk mendapat redhaNya.

ingin saya kongsikan 3 entri yang banyak memberi motivasi buat diri ini 2-3 hari ini [terutama kepada dai'e yang bakal bergelar doktor]



jadilah rajin seperti semut- pic by arslan_elver

jangan putus asa, perjalanan masih panjang, dan jalan ke syurga itu bukan mudah dan dibentang dengan red carpet tetapi dipenuhi dengan onak dan duri
in the end [kerana pengakhiran itu kekal dan best~], kita tidak akan rugi!
yosh! berusaha!
selamat bermujahadah!

29.4.10

melakar

Bismillahirahimanirahim

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu akbar

:)
Alhamdulillah.
Dua taman yang berbeza, pada hari yang berbeza, disampaikan oleh orang yang berbeza, tetapi Alhamdulillah, peringatan yang sama - kematian.

"Mereka yang kreatif ialah mereka yang mampu melakar kematiannya"

Berusahaaaaaa untuk merancang kematian sendiri

dan menjadi mereka yang bijak.

Abdullah bin Umar r.a berkata, bahawa ketika dia sedang duduk-duduk di sisi Rasulullah s.a.w. lalu datang seorang lelaki memberi salam dan bertanya kepada Rasulullah: "Siapakah yang lebih utama (lebih baik) di kalangan orang yang beriman?" Jawab Rasulullah s.a.w. : "Orang yang lebih baik di kalangan orang beriman ialah mereka yang berakhlak mulia."

Kemudian lelaki itu bertanya lagi: "Siapakah orang yang paling cerdik di kalangan orang yang beriman?" Jawab Nabi s.a.w.: "Orang yang paling cerdik ialah mereka yang banyak mengingati mati, dan banyak membuat persiapan untuk menghadapi mati."

Ada lagikah 'esok' untuk kita?

Akhir kata, begin with the end in mind, untuk pengakhiran yang diidam-idamkan :)

Yosh!

21.4.10

herm..

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

entri yang cukup ringkas
apa yang dah jadi???? =(
cuma nak saya katakan disini...
bersangka baiklah, bersih kan hati..itu yang penting...
dan pastikan niat betul...periksa selalu niat kita...supaya tak jauh daripada matlamat kita...
dan buat untuk redhaNya
akhir kata, sentiasa ingat - ajak kepada ALLAH

ajak kepada ALLAH!
moh ramai-ramai ajak kepada Allah ^_^
we as one

saya akhiri dengan video Islam and ego
insyaAllah, peringatan yang sangat best~ ^_^


the hidden ego~ [hapuskan!!!]

sekian

wasalam