Bismillahirahmanirahim
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu akbar
Panggilan bonda tempoh hari mengingatkanku kembali akan tanggungjawab yang sedang dipikul. usaha masih tidak cukup. keputusan peperiksaan yang lalu menjadi wake up call buatku. secara tak langsung peringatan daripadaNya.
'Diri masih belum cukup bermujahadah' monolog diriku.
"takpe, take your time. fokus lebih sikit" kata bonda
mereka tidak pernah mendesakku untuk mengambil aliran ini. tiada paksaan.
tiada.
hanya rela hati.
dan mereka sentiasa bimbang sekiranya akan terjadi apa-apa padaku. soalan yang biasa mereka tanya kepadaku ialah "boleh cope dengan studies?".
hati bonda mana yang tidak bimbang akan anaknya setelah mendengar berita student medikal yang boleh sakit jiwa. insyaAllah, tidak bonda. itu janji diriku pada mereka. Allah ada bersama anakmu ini selalu, dan ilmu ini perlu ku tuntut untuk mendapat redhaNya.
ingin saya kongsikan 3 entri yang banyak memberi motivasi buat diri ini 2-3 hari ini [terutama kepada dai'e yang bakal bergelar doktor]
jadilah rajin seperti semut- pic by arslan_elver
jangan putus asa, perjalanan masih panjang, dan jalan ke syurga itu bukan mudah dan dibentang dengan red carpet tetapi dipenuhi dengan onak dan duri
in the end [kerana pengakhiran itu kekal dan best~], kita tidak akan rugi!
yosh! berusaha!
selamat bermujahadah!
No comments:
Post a Comment