Showing posts with label manusia. Show all posts
Showing posts with label manusia. Show all posts

22.1.10

cantik ke aku?

Bismillahirahmanirahim..

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu akbar

Alhamdulillah, pagi ni posting habis awal daripada biasa dan Alhamdulillah ada masa untuk update blog ;). Kali ini saya nak kongsi satu artikel yang saya baca dalam majalah SOLUSI [majalah islamik ni sangat best! teringat pula masa kecil suka membaca majalah kuntum :)]

sebelum itu, meh kita go through situasi di bawah

dila: muka saya ni tak cantik la. saya nak hidung mancung macam pelakon tu
wan: ermm..saya nak mata bulat macam awak.tak cantik mata sepet
ina: eeee korung ni...aku nak guna produk apa ni..jerawat ni tak hilang pon..dah macam2 aku guna..dulu takla banyak camni

erm dalam situasi di atas, masing-masing tak puas hati dengan apa yang mereka ada dan ini secara sedar atau tidak boleh timbulkan konsep tidak bersyukur.

meh kita baca part of an artikel yang sebutkan tadi [kalau nak baca penuh, kena lah beli majalahnya ye ^_^]





hargai kecantikan diri
oleh nenek

...Apakah mereka ini benar-benar tidak cantik, cucu-cucuku? Tidak benar, Allah s.w.t. telah mengurniakan kecantikan kepada semua kita. Dan kecantikan itu bersifat relatif, cantik pada mata kita tidak semestinya cantik pada semua orang. Ada orang mempunyai kecantikan pada mata, atau cantik pada bibir, pada kulit dan sebagainya. Pernah seorang pelukis melakarkan satu wajah dengan menggabungkan bibir, mata, kening, hidung, dan pipi daripada beberapa individu terkenal yang cantik. Namun hasilnya daripada lakaran itu ialah wajah yang hodoh. Maha Suci Allah yang telah menjadikan kita sebagai ciptaanNya yang tetap dan unik.

Cucu-cucuku,
Ramai remaja lebih bimbang apabila jerawat bertakhta di muka. Bimbang apabila sedikit pertambahan berat badan, bimbang jika hidung yang tidak mancung akan sukar mendapat perhatian hingga susah mendapat jodoh dan sebagainya.
Kebimbangan ini paling ketara berlaku kepada kebanyakan remaja yang masih berada di alam persekolahan. Hati tidak tenang apabila muncul satu dua jerawat di muka. Hati tak tenang apabila tidak mendapat kulit yang menawan. Percaya atau tidak, merekalah yang paling banyak melanggan dan mencuba pelbagai produk-produk kecantikan yang diuar-uarkan dalam iklan-iklan TV. Asalnya muka mereka adalah licin dan tidak bermasalah, kini menjadi semakin berkematu atau penuh dengan jerawat setelah bertukar daripada satu produk kepada satu produk yang lain. Ada yang mengalami kulit mengelupas, melecet bagaikan terbakar dan sebagainya.
Masa nenek remaja dahulu, dititikberatkan juga penjagaan muka dan kulit. Namun ketika itu sukar mendapatkan produk kecantikan di pasaran. Kalau ada pun, tidak mampu untuk membelinya. Jika hendak berbedak, cukup dengan bedak batu cina berwarna putih. Sebelah malam pula memakai bedak sejuk yang dibuat sendiri oleh ibu. Alhamdulillah, wajah tetap licin dan jarang ditumbuhi jerawat.

Ibu kami juga menganjurkan kami adik beradik berwudhu' dahulu sebelum tidur. Ini juga menjadikan wajah lebih bersih dan berseri [InsyaAllah~ ^_^]. Wudhu' yang Allah s.w.t. tetapkan sebanyak lima kali sehari itu pun sudah cukup bagus dan banyak manfaatnya. Secara tidak langsung, kita dapat menjaga kebersihan dan kesucian diri setiap hari.
Selain itu, soal pemakanan juga perlu dijaga. Makan makanan berkhasiat dan segar [sayur dan buahhh~] akan memberi kesihatan yang baik kepada kulit wajah dan tubuh. Misalnya, lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan dan elakkan makanan berlemak. Kemudian lakukan senaman dua kali seminggu.

Solat juga selain menghubungkan hamba dengan Allah s.w.t., ia juga bagaikan senaman, jika dilakukan secara tertib, khusyuk dan tidak tergopoh-gapah. Emosi menjadi tenang dan wajah lebih berseri walaupun tidak memakai alat kecantikan.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras serta harta benda kamu, sebaliknya Allah melihat hati dan amalan kamu" [Riwayat Ahmad n0.7814 dan Muslim n0. 2564]

Jelaslah, Allah tidak melihat kepada fizikal kita, sebaliknya Allah menilai hati dan ketakwaan kita. Maka bersihkan hati dan diri kita daripada perkara-perkara mungkar. Hati yang bersih memancarkan keceriaan, ketenangan dan menyejukkan setiap mata yang memandang. Bukan kecantikan yang kita bawa ke akhirat , tetapi hati yang bersih dan tenang.

Oleh sebab itu cucu-cucuku, hiasilah hati dengan sifat2 terpuji sebagaiman akhlak Rasulullah s.a.w. Akhlak Baginda yang baik menyenangkan hati semua orang dan dikagumi sekalipun oleh musuh-musuhnya.

nur rakhawah notes:

^_^, kita kena sentiasa didik diri kita supaya jadi seorang manusia yang cantik pada pandangan Allah dan bukan pada pandangan manusia![tak perlu hiraukan sangat apa manusia ni kata..kalau kita nak ikut pendapat semua orang, akhirnya kita tak akan dapat apa2 juga kan? tetapi kalau kita cari 'kecantikan' di sisi Allah is always one and only - kebersihan hati :)] sebab cantik itu relatif dan tidak kekal. kan? dan kalau orang lain bimbang pasal jerawat di muka apa kata kita timbulkan rasa bimbang dalam diri bila ada bintik hitam di hati kita..cepat2 kita berus supaya ia kembali bersih..dan kita cuba hindar daripada bintik hitam tu ada lagi.

sekian sahaja daripada saya

wallahualam

"People are like stained-glass windows. They sparkle and shine when the sun is out, but when the sets in, their true beauty is revealed only if there is a light within"

27.12.09

Amanah

Bismillahirahmanirahim

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Lina: Kenapa saya rasa malas nak belajar ini. Kerja pon asyik tertangguh jer. Macamana ni umayra?
Umayra: Saya pun mengalami masalah yang sama dua tiga hari ini, tetapi mungkin ada sesuatu yang mampu menaikkan kembali rasa semangat awak dan saya.
Lina: Apa dia?
Umayra: Amanah
Lina diam seribu bahasa
Benarlah, dia lupa akan amanah. Amanah terhadap Allah dan Rasul, amanah terhadap agama dan umat Islam, amanah kepada ibu bapa, amanah kepada penaja, dan amanah kepada diri sendiri.
Lina: Benarlah umayra. Aku lupa pasal amanah.

kisah dan teladan

Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah salah seorang daripada khalifah kerajaan Bani Umayyah yang terkenal dengan sifat amanahnya. Pada suatu malam ketika beliau sedang tekun menyiapkan keja rasminya dalam bilik istana, tiba-tiba salah seorang puteranya telah masuk untuk membincangkan suatu hal yang berhubung dengan urusan keluarga. Setelah puteranya duduk, belia pun memadamkan lampu yang berada di atas mejanya, yang digunakan ketika bekerja pada malam itu. Puteranya merasa hairan lalu bertanya.

"Kenapa ayahanda padamkan lampu ini? Bukankah lebih baik kita berbincang di bawah cahaya lampu yang terang?"

Khalifah Umar menjawab, "Benar katamu wahai anakku, tetapi engkau harus ingat, lampu yang ayahanda gunakan untuk bekerja sebentar tadi adalah kepunyaan kerajaan, minyak yang digunakan itu dibeli dengan wang kerajaan, sedangkan perkara yang hendak kita bincangkan ini adalah urusan keluarga"

Kemudian beliau menyuruh seorang pelayan supaya membawa lampu yang lain dari dalam biliknya. Setelah lampu itu dinyalakan maka ia pun berkata kepada puteranya:

"Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyaknya pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa yang anakanda hendak bincangkan dengan ayahanda"



"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya)" [Al-Anfal:27]

renung2kan..

20.11.09

Hakikat penciptaan manusia

Bismillahirahmanirahim

SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR!!


'Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dari saripati [berasal] dari tanah. Kemudian Kami menjadikannya air mani [yang disimpan] dalam tempat yang kokoh [rahim]. Kemudian, air mani itu kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu itu Kami jadikan segumpul daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian, Kami menjadikannya makhluk yang [berbentuk] lain. Maha suci Allah, Pencipta yang paling baik.' [Surah Al-Mu'minun 23: 12-14]

ya Allah!!
seronoknya kalau dapat masuk syurga firdausi, nak lihat wajah Allah, nak berjumpa dengan Rasulullah s.a.w.
ya Allah! rinduuuuuunyaaaaaa padaMU!!!~