Bismillahirahmanirahim
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar
Lina: Kenapa saya rasa malas nak belajar ini. Kerja pon asyik tertangguh jer. Macamana ni umayra?
Umayra: Saya pun mengalami masalah yang sama dua tiga hari ini, tetapi mungkin ada sesuatu yang mampu menaikkan kembali rasa semangat awak dan saya.
Lina: Apa dia?
Umayra: Amanah
Lina diam seribu bahasa
Benarlah, dia lupa akan amanah. Amanah terhadap Allah dan Rasul, amanah terhadap agama dan umat Islam, amanah kepada ibu bapa, amanah kepada penaja, dan amanah kepada diri sendiri.
Lina: Benarlah umayra. Aku lupa pasal amanah.
kisah dan teladan
Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah salah seorang daripada khalifah kerajaan Bani Umayyah yang terkenal dengan sifat amanahnya. Pada suatu malam ketika beliau sedang tekun menyiapkan keja rasminya dalam bilik istana, tiba-tiba salah seorang puteranya telah masuk untuk membincangkan suatu hal yang berhubung dengan urusan keluarga. Setelah puteranya duduk, belia pun memadamkan lampu yang berada di atas mejanya, yang digunakan ketika bekerja pada malam itu. Puteranya merasa hairan lalu bertanya.
"Kenapa ayahanda padamkan lampu ini? Bukankah lebih baik kita berbincang di bawah cahaya lampu yang terang?"
Khalifah Umar menjawab, "Benar katamu wahai anakku, tetapi engkau harus ingat, lampu yang ayahanda gunakan untuk bekerja sebentar tadi adalah kepunyaan kerajaan, minyak yang digunakan itu dibeli dengan wang kerajaan, sedangkan perkara yang hendak kita bincangkan ini adalah urusan keluarga"
Kemudian beliau menyuruh seorang pelayan supaya membawa lampu yang lain dari dalam biliknya. Setelah lampu itu dinyalakan maka ia pun berkata kepada puteranya:
"Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyaknya pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa yang anakanda hendak bincangkan dengan ayahanda"
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya)" [Al-Anfal:27]
renung2kan..
No comments:
Post a Comment