31.10.09

inilah jalanku!

Bismillahirahmanirahim

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar


Inilah jalanku!

Kadang2 kita pelik kenapa sesetengah manusia boleh jadi sangat hebat dalam apa yang dia buat. Baik dalam dakwah, anak-anak bina mereka yang hebat, studies pon power, bukan calang2 jawatan yang mereka pegang dan juga akhlak mereka yang first class. Bila nak banding diri kita dengan mereka bagai langit dan bumi. Mereka juga manusia biasa. Yang ada keinginan seperti manusia lain. Nak menjadi terbaik dalam kerjaya, nak gaji 4-5 angka, nak ada keluarga yang bahagia, nak ada kereta besar, rumah besar.

Tak salah kita bernafsu. Itulah keistimewaan yang Allah kurniakan pada manusia. Nafsu yang tinggi yang menolak orang mukmin ke syurga! Kalau nafsu ini dipandu oleh Islam dan iman, darjat kita akan menjadi lebih tinggi daripada malaikat. Semasa peristiwa isra' mi'raj, malaikat tak lepas satu lagi langit tapi Rasulullah sahaja yang berjumpa Allah SWT. SubhanAllah, betapa Allah mengangkat darjat hambaNya yang bertaqwa.

Itulah rahsia kejayaan manusia2 hebat ini. Mereka mempunyai naluri, perasaan dan keinginan seperti manusia lain. Mereka bukan manusia pelik yang tiada perasaan sukakan dunia dan merasai dunia itu indah. Mereka juga takut dengan segala ketidakpastian, sedih dengan ujian2 yang menimpa, penat melayan kerenah2 duniawi. Tapi dengan keimanan yang mantap mereka tak larut dan membiarkan nafsu2 dan emosi2 ini menguasai mereka. Bahkan mereka yang memandu nafsu, emosi dan keinginan2 dunia mereka kepada redha Allah. Dalam satu hadith Rasulullah bersabda,

"Tidak beriman seseorang itu sehinggalah hawanya ikut apa yang aku datangkan (bawa)"

Salah satu hawa kita adalah emosi kita. Inilah salah satu daripada banyak kelemahan2 kita. Kita mudah terkesan dengan syu'uri (perasaan). Bila mana datang dugaan atau ujian yang berat, kita mudah sangat beremosi. Bila orang tak nak ikut apa yang kita seru, bila kita tengok ramai orang lain dah berkahwin dan kita masih menunggu seseorang yang soleh utk kita berbaitul muslim, bila banyak persoalan2 yang memeningkan kita, bila anak usrah tak menjadi, bila tengok kecelaruan dunia dengan masalah2 sosial yang dasyat, bila penat dengan kerja2 dunia, bila duit poket mulai kering, bila kita tak dapat score exam sbb 'kerja2 dakwah', kita cepat sangat down dan putus asa. Kalau kita takde mood, kita tak pergi usrah, kalau kita malas sikit, kita tak buat kerja dakwah. Mulalah kita mencari alasan demi alasan untuk 'menghalalkan' apa sahaja kehendak kita asalkan kita boleh penuhi al-hawa kita pada benda2 yang orang mukmin takkan buat.

Emosi pada suatu tahap akan menjadi benda yang negatif kalau perasaan tue menghalang kita untuk terus mara ke hadapan. Menghalang kita daripada fokus pada target yang nak dicapai kerana jiwa yang tak tenang dan kepala yang berserabut. Kita kena yakin, kalau hati kita tenang barulah Allah kasi firasat dan boleh berfikir secara rasional dan jelas. Ya, memang tak mudah. Kaum hawa dikurniakan Allah SWT dengan bermacam emosi yang tak menentukan. Kita mudah sedih, mudah gembira, mudah penat, semangat balik kejap dan tiba2 putus asa kembali. Tapi...tak boleh biar lama2 dan emosi memakan diri.

Dan ketika orang-orang mukmin melihat golongan Ahzab itu, mereka berkata, "Inilah yang dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kita." Dan benarlah Allah dan RasulNya. Dan demikian itu menambah keimanan dan keislaman mereka. (Al-Ahzab:22)

Yang dijanjikan Allah di dalam ayat ini adalah kemenangan setelah mengalami kesukaran dan mehnah-mehnah sepanjang mereka menyeru umat manusia kepada Islam. Seharusnya bila kita berdakwah dan membawa manusia kepada Allah SWT, dan kita dibenci, takde orang nak turut serta menjadi penolong agama Allah, terpaksa berkorban masa dan tenaga, duit dalam bank mulai kurang, kita di uji dengan fail exam, akan terdetiklah dalam hati setiap daripada kita,

Haza!!

Inilah yang dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kita...

Tanpa sekelumit ragu kita tahu bersama kesusahan2 ini Allah SWT dah sediakan kemenangan dan kemudahan bagi kita kalau kita sabar dan redha dengan ketentuanNya. Dengan ini kita takkan 'lari', putus asa dan melemahkan semangat kita. Bahkan, kita akan terus bangkit daripada tergelincir seketika dan menempuh halangan2 ini dengan Allah sentiasa di sisi kita. hanya dengan izin Allah.....

30.10.09

'mixture'


Bismillahirahmanirahim

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar


telefon bimbit diletak
macam2 yang bermain di fikiran saya
dan kini dia masih dalam keadaan coma

pagi

wad x

'salam pakcik. macamana pakcik hari ini?'
'Alhamdulillah baik skit nak'
'ada sakit2 kt dada lagi?'
'dah kurang skit'
saya rasa cukup lega.

sudah 3 hari saya mengikuti perkembangan dirinya.
failnya saya belek. sekadar melihat test2 yang telah dijalankan sewaktu ketiadaan saya.
memastikan blood glucosenya sentiasa berada pada kadar yang sepatutnya.
walaupon diri belum layak.
[mungkin atas kesedaran sendiri :)]

'dah makan pakcik?'
'Alhamdulillah nak. pukul 6 pagi tadi pakcik dah makan'
'pakcik, naik ni'
'ye ker? ala, tak dapat balik la macam ni'
kesedihan kelihatan dimukanya.

12 tengahari

'nak!'
'ye pakcik'
'pakcik dah boleh balik!'
'iye?'
saya membelek fail rekodnya
'Alhamdulillah, turun pakcik'
dia tersenyum [sampai ke gigi :)]

'pakcik doakan awak berjaya la ye. mana tau kalau umur pakcik panjang, awak pulak yang rawat pakcik'
'InsyaAllah pakcik'
'terima kasih nak'
dan saya memberi senyuman yang terakhir buatnya
Alhamdulillah, bersyukur tak terkata. seronok apabila melihat dia sihat sepenuhnya.

1.00 petang

saya mendapat panggilan daripada ayah.
pak ngah saya kini di hospital seremban dalam keadaan coma.
hilang segala kegembiraan.
hati mula menjadi risau..

saya termenung sendiri
mungkin itu yang Allah nak ingatkan
ini semua urusan Dia
SubhanAllah..

"Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, "Jadilah!" maka jadilah sesuatu itu. Maka Maha suci (Allah) yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNya kamu dikembalikan."
[Surah Yasin: 82-83]

moga Allah berikan yang terbaik buatnya..
InsyaAllah

26.10.09

pesan atuk

Pesan Atok : Episod Semut
www.iLuvislam. com
Pelukis : Aizat





Learn from HIS creations~

24.10.09

words for today




"cinta manusia urusan Allah. Cinta kita pada Allah --> urusan kita. Jangan nak fikir urusan Allah andainya urusan kita belum selesai"


[Jazakillah enti. uhibbukifillah! :)]

p/s: pesanan seorang kakak yang dekat di hati 'cintu itu satu, Allah~' ;)

13.10.09

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

Bismillahirahmanirahim

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Semalam saya tidur awal.
Sengaja.
Supaya saya bangun awal.

Tepat pukul 1.29 am saya menerima sms daripada ayah saya
"Asm, Anak Faridah Mohd di Muar, Boy 25 tahun telah meninggal dunia di hospital Muar"

terkejut.
terus keluar kata-kata ini dari mulut saya
"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un"
tak sangka.
sudah lama saya tidak tidak berjumpa dengan dia.
sudah 2 tahun setengah.

cepat2 saya sms ateh saya.
terus dia menelefon saya.
katanya mak lang baru datang ke rumah kami pada malam tadi.
semua adik beradiknya ada kecuali dirinya.

baru petang ahad yang lepas, pakcik sahabat saya kembali ke rahmatullah.
memang tidak disangka-sangka.

sesungguhnya Dia Maha Mengetahui

Al-Fatihah buat arwah
Moga Allah menempatkan dia bersama mereka yang soleh dan solehah..

Al-Fatihah~

p/s: kematian itu adalah peringatan buat kita yang masih hidup dan kita tak tahu bila ia akan tiba.

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan" [Surah Al-Ankabut: 57]

"Yang paling banyak mengingati mati dan paling baik persiapannya untuk menghadapi kematian, mereka itulah orang-orang yang cerdas lagi berakhlak yang baik" (HR.Muslim)