Bismillahirahmanirahim..
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu Akbar
Alhamdulillah masih lagi dikurniakan nikmat iman dan Islam. Alhamdulillah masih lagi diberi nikmat oksigen untuk bernafas, jantung yang masih berfungsi, mata untuk melihat dan banyak lagi. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Malam ini, saya menerima sms daripada seorang adik. Kagum saya apabila membaca sms pertama. Selepas membaca sms yang kedua, saya muhasabah diri. Masih layakkah diri ini menjadi penghuni syurga?
22.01.10, 9.20 mlm
Salam kak. Juz nak kongsi je ngn akak. Ari tu ada akak lepasan ijazah datang blaja kat sni. Pastu, masa pertama kali usrah dengan dia, dia ceritakan pengalaman dia belajar dekat jordan dan dia ceritakan tentang penderitaan orang-orang palestin. Sebak saya dengar. Pastu, dia bagitau yang dia adalah bekas pensyarah di uitm . Kitorg pun terkejut coz kenapa berhenti jadi pensyarah dan masuk maktab perguruan untuk jadi cikgu sekolah rendah? Dia pun bagitau yang dia berpegang pada 1 kata-kata imam hassan al-banna iaitu jika aku diberi peluang aku ingin mengajar kanak-kanak kerana mereka senang diajar untuk dibentuk tunas2 yang rabbani. Saya terpegun sangat2. Alangkah baik jika saya pun ada semangat macam dia.
22.01.10, 9.46 mlm
sambung cite lagi. Kak N bagitau yang dia ada seorang kawan palestin. Kawan kak N suruh dia balik malaysia untuk didik anak-anak dan tanamkan semangat pada mereka untuk membenci musuh Allah, Yahudi. Sambung kak N lagi, walaupun mereka tak akan berjumpa di dunia, InsyaALLAH mereka akan berjumpa di syurga. Tapi kak N kata, mungkin kawan dia akan masuk syurga kerana berjuang kerana Allah, tapi adakah kita layak untuk masuk syurga?
simply said - a wake up call!
[nur rakhawah, bergerak pantas! pekatkan diri!]
2 comments:
salam, maisarah! huhu.. jazakillah for this reminder *,*
salam rusna! waiyyaki~~
Post a Comment