Maka kepadamu ansarAllah,
Andai kadangkala dalam perjalananmu,
Debu-debu jahiliyah mengaburi pandanganmu,
Sapulah dari matamu,
Dengan lembaran-lembaran suci Tuhanmu,
Dan teruskanlah perjalanan
Jangan pernah berhenti..
Andai kakimu sakit,
Tubuhmu longlai kepenatan,
Berteduh lah bersama saudaramu di persembunyianmu
Bersama tentera-tentera lain yang bergerak senyap
Lalu bertahmid dan berzikirlah bersama-sama,
Bantulah sesama kamu,
Untuk kembali bertenaga,
Kemudian bangunlah dan teruskan perjalananmu
Jangan pernah berhenti..
Seandainya dalam perjalanan yang jauh dan sukar itu,
Kalian digempur musuh
Dibenci dan disakiti
Katakanlah
“sodaq Allahu wa rasuluh”
Inilah jalan yang benar,
Kerana itu kamu merasa sukar
Maka lepaskan lah dirimu sedaya upaya
Dari cengkaman musuhmu yg nyata
Dan teruskan perjalananmu
Jangan pernah berhenti..
Allah menjual syurga kepada kita,
Dengan harga yang mahal,
Kebahagiaan dunia,
Kemewahan harta,
Kepentingan sendiri dan keluarga,
Kecintaan pada manusia,
Bayarlah dengan harga yang kau mampu..
Kelak syurga pasti milikmu..
Asalkan..bergeraklah kamu..
Jangan pernah berhenti..
sumber: sini
No comments:
Post a Comment