2.10.09

mencari semangat yang telah hilang

Bismillahirahmanirahim

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar

semangat yang telah hilang
sudah ku jumpai

manusia itu diciptakan lemah supaya mereka sentiasa ingat bahawa ada kuasa yang lebih hebat menciptakan mereka.
manusia itu juga mudah lupa dan mudah terleka sebab itu Allah utuskan para Rasul untuk mengingatkan mereka siapa diri mereka sebenarnya.
manusia itu juga mudah hilang semangat kecuali mereka yang sentiasa berpegang teguh pada tali Allah. Tiada terlintas langsung di hati mereka untuk berputus asa, untuk berpaling ke belakang, malah mereka semakin melangkah laju, maju ke hadapan, dengan langkah yang lebih teratur, yang lebih baik.

semangat untuk berada dalam medan dakwah telah saya jumpai kembali.
Alhamdulillah, pertemuan dengan sisters, kak summayah dan kak asma' membuatkan saya melihat kembali alam realiti, Islam yang realiti. Mengingatkan saya tugas yang masih belum selesai, dan tugas itu cukup berat [sebab itu, kita tidak boleh bergerak secara individu, secara jamaah itu lebih baik].

Alhamdulillah, ukthi Ruhul yang sentiasa bersama saya siang dan malam juga tidak berputus asa memberi komitmen 100% sebagai sahabat kepada saya.
Jazakillah ukhti~

kata-kata Hasan Al-Banna [pasted on kak sumayyah's door] memberi impak yang hebat kepada diri. Betapa pentingnya insan bergelar dai'e.

"Dai'e bukanlah segerombolan manusia kamil..tetapi hanya satu masyarakat tarbawi yang berusaha membentuk orang di sekitarnya agar menjauhi dosa dan menjadikan mereka insan mulia..apabila kita terlibat dalam dakwah, tidak bermakna iman dan ilmu kita telah sempurna..tetapi ia bermaksud kita telah menyerahkan diri kita untuk ditarbiyah dan semoga dengan ini kita mengikut manhaj yang sahih"

sekian sahaja

Assalamualaikum

p/s: pesanan sahabat buat diriku
proses tarbiyah bukan sesuatu yang cepat, hari ini tarbiyyah, esok hasilnya sudah
nampak..tidak..proses tarbiyah itu mengambil masa yang lama untuk mendapat hasil yang
paling baik. bersabarlah..

No comments: