31.10.09

inilah jalanku!

Bismillahirahmanirahim

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar


Inilah jalanku!

Kadang2 kita pelik kenapa sesetengah manusia boleh jadi sangat hebat dalam apa yang dia buat. Baik dalam dakwah, anak-anak bina mereka yang hebat, studies pon power, bukan calang2 jawatan yang mereka pegang dan juga akhlak mereka yang first class. Bila nak banding diri kita dengan mereka bagai langit dan bumi. Mereka juga manusia biasa. Yang ada keinginan seperti manusia lain. Nak menjadi terbaik dalam kerjaya, nak gaji 4-5 angka, nak ada keluarga yang bahagia, nak ada kereta besar, rumah besar.

Tak salah kita bernafsu. Itulah keistimewaan yang Allah kurniakan pada manusia. Nafsu yang tinggi yang menolak orang mukmin ke syurga! Kalau nafsu ini dipandu oleh Islam dan iman, darjat kita akan menjadi lebih tinggi daripada malaikat. Semasa peristiwa isra' mi'raj, malaikat tak lepas satu lagi langit tapi Rasulullah sahaja yang berjumpa Allah SWT. SubhanAllah, betapa Allah mengangkat darjat hambaNya yang bertaqwa.

Itulah rahsia kejayaan manusia2 hebat ini. Mereka mempunyai naluri, perasaan dan keinginan seperti manusia lain. Mereka bukan manusia pelik yang tiada perasaan sukakan dunia dan merasai dunia itu indah. Mereka juga takut dengan segala ketidakpastian, sedih dengan ujian2 yang menimpa, penat melayan kerenah2 duniawi. Tapi dengan keimanan yang mantap mereka tak larut dan membiarkan nafsu2 dan emosi2 ini menguasai mereka. Bahkan mereka yang memandu nafsu, emosi dan keinginan2 dunia mereka kepada redha Allah. Dalam satu hadith Rasulullah bersabda,

"Tidak beriman seseorang itu sehinggalah hawanya ikut apa yang aku datangkan (bawa)"

Salah satu hawa kita adalah emosi kita. Inilah salah satu daripada banyak kelemahan2 kita. Kita mudah terkesan dengan syu'uri (perasaan). Bila mana datang dugaan atau ujian yang berat, kita mudah sangat beremosi. Bila orang tak nak ikut apa yang kita seru, bila kita tengok ramai orang lain dah berkahwin dan kita masih menunggu seseorang yang soleh utk kita berbaitul muslim, bila banyak persoalan2 yang memeningkan kita, bila anak usrah tak menjadi, bila tengok kecelaruan dunia dengan masalah2 sosial yang dasyat, bila penat dengan kerja2 dunia, bila duit poket mulai kering, bila kita tak dapat score exam sbb 'kerja2 dakwah', kita cepat sangat down dan putus asa. Kalau kita takde mood, kita tak pergi usrah, kalau kita malas sikit, kita tak buat kerja dakwah. Mulalah kita mencari alasan demi alasan untuk 'menghalalkan' apa sahaja kehendak kita asalkan kita boleh penuhi al-hawa kita pada benda2 yang orang mukmin takkan buat.

Emosi pada suatu tahap akan menjadi benda yang negatif kalau perasaan tue menghalang kita untuk terus mara ke hadapan. Menghalang kita daripada fokus pada target yang nak dicapai kerana jiwa yang tak tenang dan kepala yang berserabut. Kita kena yakin, kalau hati kita tenang barulah Allah kasi firasat dan boleh berfikir secara rasional dan jelas. Ya, memang tak mudah. Kaum hawa dikurniakan Allah SWT dengan bermacam emosi yang tak menentukan. Kita mudah sedih, mudah gembira, mudah penat, semangat balik kejap dan tiba2 putus asa kembali. Tapi...tak boleh biar lama2 dan emosi memakan diri.

Dan ketika orang-orang mukmin melihat golongan Ahzab itu, mereka berkata, "Inilah yang dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kita." Dan benarlah Allah dan RasulNya. Dan demikian itu menambah keimanan dan keislaman mereka. (Al-Ahzab:22)

Yang dijanjikan Allah di dalam ayat ini adalah kemenangan setelah mengalami kesukaran dan mehnah-mehnah sepanjang mereka menyeru umat manusia kepada Islam. Seharusnya bila kita berdakwah dan membawa manusia kepada Allah SWT, dan kita dibenci, takde orang nak turut serta menjadi penolong agama Allah, terpaksa berkorban masa dan tenaga, duit dalam bank mulai kurang, kita di uji dengan fail exam, akan terdetiklah dalam hati setiap daripada kita,

Haza!!

Inilah yang dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kita...

Tanpa sekelumit ragu kita tahu bersama kesusahan2 ini Allah SWT dah sediakan kemenangan dan kemudahan bagi kita kalau kita sabar dan redha dengan ketentuanNya. Dengan ini kita takkan 'lari', putus asa dan melemahkan semangat kita. Bahkan, kita akan terus bangkit daripada tergelincir seketika dan menempuh halangan2 ini dengan Allah sentiasa di sisi kita. hanya dengan izin Allah.....

30.10.09

'mixture'


Bismillahirahmanirahim

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar


telefon bimbit diletak
macam2 yang bermain di fikiran saya
dan kini dia masih dalam keadaan coma

pagi

wad x

'salam pakcik. macamana pakcik hari ini?'
'Alhamdulillah baik skit nak'
'ada sakit2 kt dada lagi?'
'dah kurang skit'
saya rasa cukup lega.

sudah 3 hari saya mengikuti perkembangan dirinya.
failnya saya belek. sekadar melihat test2 yang telah dijalankan sewaktu ketiadaan saya.
memastikan blood glucosenya sentiasa berada pada kadar yang sepatutnya.
walaupon diri belum layak.
[mungkin atas kesedaran sendiri :)]

'dah makan pakcik?'
'Alhamdulillah nak. pukul 6 pagi tadi pakcik dah makan'
'pakcik, naik ni'
'ye ker? ala, tak dapat balik la macam ni'
kesedihan kelihatan dimukanya.

12 tengahari

'nak!'
'ye pakcik'
'pakcik dah boleh balik!'
'iye?'
saya membelek fail rekodnya
'Alhamdulillah, turun pakcik'
dia tersenyum [sampai ke gigi :)]

'pakcik doakan awak berjaya la ye. mana tau kalau umur pakcik panjang, awak pulak yang rawat pakcik'
'InsyaAllah pakcik'
'terima kasih nak'
dan saya memberi senyuman yang terakhir buatnya
Alhamdulillah, bersyukur tak terkata. seronok apabila melihat dia sihat sepenuhnya.

1.00 petang

saya mendapat panggilan daripada ayah.
pak ngah saya kini di hospital seremban dalam keadaan coma.
hilang segala kegembiraan.
hati mula menjadi risau..

saya termenung sendiri
mungkin itu yang Allah nak ingatkan
ini semua urusan Dia
SubhanAllah..

"Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, "Jadilah!" maka jadilah sesuatu itu. Maka Maha suci (Allah) yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNya kamu dikembalikan."
[Surah Yasin: 82-83]

moga Allah berikan yang terbaik buatnya..
InsyaAllah

26.10.09

pesan atuk

Pesan Atok : Episod Semut
www.iLuvislam. com
Pelukis : Aizat





Learn from HIS creations~

24.10.09

words for today




"cinta manusia urusan Allah. Cinta kita pada Allah --> urusan kita. Jangan nak fikir urusan Allah andainya urusan kita belum selesai"


[Jazakillah enti. uhibbukifillah! :)]

p/s: pesanan seorang kakak yang dekat di hati 'cintu itu satu, Allah~' ;)

13.10.09

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

Bismillahirahmanirahim

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Semalam saya tidur awal.
Sengaja.
Supaya saya bangun awal.

Tepat pukul 1.29 am saya menerima sms daripada ayah saya
"Asm, Anak Faridah Mohd di Muar, Boy 25 tahun telah meninggal dunia di hospital Muar"

terkejut.
terus keluar kata-kata ini dari mulut saya
"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un"
tak sangka.
sudah lama saya tidak tidak berjumpa dengan dia.
sudah 2 tahun setengah.

cepat2 saya sms ateh saya.
terus dia menelefon saya.
katanya mak lang baru datang ke rumah kami pada malam tadi.
semua adik beradiknya ada kecuali dirinya.

baru petang ahad yang lepas, pakcik sahabat saya kembali ke rahmatullah.
memang tidak disangka-sangka.

sesungguhnya Dia Maha Mengetahui

Al-Fatihah buat arwah
Moga Allah menempatkan dia bersama mereka yang soleh dan solehah..

Al-Fatihah~

p/s: kematian itu adalah peringatan buat kita yang masih hidup dan kita tak tahu bila ia akan tiba.

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan" [Surah Al-Ankabut: 57]

"Yang paling banyak mengingati mati dan paling baik persiapannya untuk menghadapi kematian, mereka itulah orang-orang yang cerdas lagi berakhlak yang baik" (HR.Muslim)

11.10.09

words for today



berjalanlah dengan penuh harapan walaupun hidup tak selalu bahagia...sedekahkanlah 1 senyuman walaupun dihati tak mampu lagi bertahan..belajarlah memaafkan walaupun diri terluka..berhentilah memberi alasan walaupun ingin menyatakan kebenaran..hiduplah dalam iman walaupun hari dipenuhi godaan..dan berpeganglah pada Allah walaupun Dia tidak kelihatan..~

6.10.09

bangunlah wahai singa!


Bismillahirahmanirahim

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Assalamualaikum wrt

Saya tertarik dengan topik yang kak sumayyah sampaikan pada ahad lalu. Memang memberi motivasi buat diri yang semakin hari semakin malas. [dah takn
ak jadi malas dah hehehe]

BOOSTER!!!

dengan dos yang sangat tinggi! ^_^

Apa topiknya?

Himmah 'aliyah

Himmah - kehendak
'aliyah - paling tinggi

saya tertarik dengan apa yang disampaikan sebab saya tidak pernah terpikir pasal ini..
contohnya macam dalam doa, tidak terlintas di hati untuk meminta dimasukkan ke dalam syurga yang paling tinggi..yang sering dipinta ialah dimasukkan ke dalam syurga..bezakan yang tinggi dengan yang biasa?

ermm..
saya kemudian google himmah 'aliyah. Alhamdulillah, saya jumpa artikel yang sangat menarik. Bukan setakat itu sahaja, apa yang disampaikan oleh kak sumayyah [isi2 penting] sama dengan artikel yang ditulis oleh ukh

moga bermanfaat dan bagi kita semangat! InsyaAllah

bangunlah wahai singa!

----------------------------------------------------------------------
salam 'alaik..
moga tulisan ini insyaAllah menaikkan himmah kita utk mendaulatkan risalah yg izzah ini...
permulaan dan akhir jalan dakwah ialah jihad yg memerlukan kepenatan....ia adalah pengorbanan syahadah pd jln Allah dan penyaksian kepada alam seluruhnya.dimulakan dgn suatu kisah...

diceritakan oleh salah seorang ahli ikhwan 'Ustaz Ali Nawaitu menziarahi saya, dia pernah dihukum gantung pd zaman 1954, dipenjarakan 19 tahun, kemudian keluar terus terlibat dengan dakwah sekarang umur 77 tahun. Dia menziarahi saya selama sebulan tidak pernah berehat. Setiap hari ceramah 5 kali. Dia mempunyai penyakit lumpuh, tetapi tidak pernah berehat. Dia berkata bawa kepadaku anak-anak kamu utk saya tarbiah mereka. Suatu hari dia tidak dapat dihubungi.Beliau berkata saya mahu bertemu allah dalam keadaan berdakwah kpd jalan Allah.'- begitu lah sifat pendakwah ikhwan - himmah 'aliyah!

ingatlah! Kita tidak mempunyai keuzuran untuk memikul dakwah ini.

Keluarlah dalam keadaan ringan dan berat pada jalan allah!

Kita tdk akan dpt berdiri di belakang baginda saw dan tidak akan maminum daripada tangan baginda melainkan kita bersusah payah berjihad pd jalan dakwah dengan menjadikan dakwah sebagai keutamaan pertama kita.

Allah mentarbiah kita apabila diseru utk dakwah ini, kita tdk akan menolak dan mencari2 keuzuran utk tidak menyertainya.

Kita mentarbiyyah n ditarbiyyah, tarbiah bukan mengajar sahaja, tetapi rasulullah menghidupkan ruh para sahabat dengan al-Quran, Islam, kebesaran risalah, keagungan allah

Kita ditarbiah agar mengagungkan allah, cintakan syurga, bencikan dunia. Jika ini berlaku allah akan memandang dengan penuh keredahaan kepada kita.

Hati seperti gelas, jika dipenuhi dengan kecintaan kepada allah, tidak ada sesuatu selain dari allah dpt memasukinya.

Ketinggian himmah tdk akan berlaku tanpa pergerakan. Oleh itu perlu bergerak utk dakwah utk meninggikan himmah.

Jika kita tidak bergantung dengan ketinggian, kita akan bergantung dengan perkara-perkara rendah.

Lihatlah kpd rasulullah, keluar dari fajar, mengelilingi kabilah, berdakwah, tetapi mereka tidak disambut dengan baik, bahkan ada yang mencela, meludah dan melontarnya dengan batu, tetapi baginda tidak berhenti, sepanjang hari setiap hari. Berdakwah!

Nabi nuh berdakwah 950 tahun, siang malam dengan pelbagai bentuk cara digunakan.

Hasan al-banna memulakan dakwah ketika berumur 22 tahun. Syahid ketika 42 tahun.
Apakah yg beliau lakukan dalan tempoh tersebut.
Melawat 3 ribu kampung di mesir.

Bagaimana himmah mereka tinggi, kerana mereka ditarbiah di atas hakikat-hakikat yang telah dinyatakan di dalam ayat-ayat yang telah disebutkan.

Abu ayyub al-ansari, sentiasa berjihad sehingga berumur 90 tahun. Dikebumikan di Turki, kota Constantinaple.

Beliau dicampak oleh tentera islam ke dalam kota Constantinaple ke atas tentera Rom.

Lalu dikatakan bagaimana beliau mencampakkan dirinya ke arah kemusnahan?

Tetapi sebenarnya sesiapa yg menyibukkan diri dgn perkara2 keduniaan itulah yang mencampakkan dirinya ke arah kemusnahan.

Pendakwah melihat kpd isteri anak-anaknya, lalu mahu menyibukkan diri dengan mereka, maka dakwah tdk dpt berjalan, maka itulah dimaksudkan bahawa mereka adalah musuh kpd kamu.
Atau kamu bimbang mereka akan mendapat susah jika kamu ditangkap atau sebagainya.

Jamaah kita menyeru kpd hadarah, mengembalikan manusia kpd islam, tugas ini tdk akan terlaksana melainkan dengan semangat ahli badar

Al-banna berkata: Perlu kpd kekuatan jiwa yang kental

Kamu adalah ruh baru yang dicampakkan allah ke dalam umat ini.

Kamu perlu kpd kehendak yg mantap, kesetiaan, pengorbanan dgn waktu, usaha tenaga salah satu rukun baiah.

Persiapkanlah diri kamu sekadar kemampuan kamu.

Perubahan menjadi tanggungjawab kita.

Janganlah ada perkara lain yang menyibukkan kita selain dakwah. Jika kita berjaya mencapai tahap ini, bergembiralah dgn kemenangan yg hampir.

Himmah, permulaan kehendak, atau penghujung kehendak.

Yang penting Bukan apa yang dilakukan, tetapi apakah yg hatinya bergantung dengannya.

Al-Rashid, berbicara ttg himmah:

Mukadimah jalan dakwah ialah mengasaskan himmah yang tinggi.

kita berusaha mulanya dengan menghidupkan hati mereka, menghubungkan hati mereka dengan ketinggian.


Mentarbiah dengan quran, sirah bukan membaca sahaja, tetapi bagaimana kita menyimpulkan perjalanan hidup mereka utk dilaksanakan.

Usrah bukan sahaja kerana ilmu, tetapi kerana untuk taaruf, menghidupkan hati menjalankan dakwah.

Kita hendaklah sentiasa menjaga himmah kerana ia adalah mukadimah kepada semua perkara.

Keluar daripada futur kpd bersemangat tinggi.

Mengerakkan hati mereka untuk sampai kepada matlamat dakwah.

Himmah anda hendaklah sibuk dengna perkara2 dakwah dan masa depannya.

Al-Rashid: himmah tinggi menjadikan segala sukar amat mudah.

Pengalaman mengatakan sesiapa yg kita berhubung dengan kita melalui seorang yang tinggi himmahnya, maka org yg dididik akan terus berada dalam himmah yg tinggi.

Himmah adalah perkara tabie. Ada di kalangan manusia yg rendah himmahnya, tetapi ada di kalangan mereka mahu menjadi seperti sahabat rasulullah.

Kita bertanggungjawab mentarbiah agar semua mempunyai himmah yg tinggi.

Salamah bin al-Akwa': Saya meminta agar menjadi teman engkau di dalam syurga.

Janganlah anda hanya bercita2 utk menghafal satu surah, tetapi saya mahu menghafal al-quran. Saya tidak berpuas hati jika hanya bergerak dengan 3-4 org akh, tetapi..

Allah memberi amaran kpd org2 yg mempunyai himmah yg rendah..

Allah mengajar kita, nabiNya agar beriltizam di atas himmah ini..

Sebagaimana para rasul para syuhada' salihin..

Jadilah seperti mereka..

Byk hadis mendorong kpd meninggikan himmah. Inilah yg perlu kita bicarakan dalam hati kita.

Mana-mana peluang kebaikan yang ada, hendaklah direbut, jgn ditinggalkan.

Apabila kamu memohon daripada allah, pohonlah firdaus tertinggi.

Rasulullah solat fajar. Kemudian bepaling kpd sahabat. Siapakah berpuasa pagi ini. Abu bakar mengangkat tangan. Siapa yg mengiringi jenazah. Siapakah yg telah memberi makan kepada miskin, siapakah yg dah melawat org sakit hari ini? Semuanya telah dilakukan pada waktu fajar. Bayangkan berapa banyakkah amal kebaikan yg dilakukan oleh beliau.. bukan seperti kita.

Siapa yg akhirat menjadi himmahnya, maka allah menjadikannya kaya..

Siapa yg dunia himmahnya, maka allah akan menjadikan kemiskinan di depan matanya..

Seorang yg mempunyai himmah yg tinggi, pasti tdk akan dapat direndahkan walau bagaimana pun dilakukan terhadapnya.

Dia sanggup berkorban dengan apa saja demi merealisasikan matlamatnya.

Dia sentiasa ke depan, tidak takut, tidak tunduk, iman mereka sentiasa bertambah.

Org yg mempunyai himmah hanya menyesal jika terdpat satu saat dia tidak sibuk dgn dakwahnya.

Semua urusan yg dilakukan semata2 kerana dakwah.

Manakala daie yg tidur nyenyak, makan banyak, tdk layak utk menjadi daie.

Menyusun waktu dgn baik, mengurangkan tidur, 4 jam, maksima 5 jam. Lebih dari itu bukan pejuang!

Badan anda akan dapat menanggungnya. Hanya perlu kepada latihan
berterusan.

Ada waktu aktif, ada waktu tidak aktif.

Masalahnya ialah membuat keutamaan pd segala amalan.

Ya Allah, rabbi..moga kita semua mempunyai himmah 'aliyah n berusaha menggapai firdausi yg tertinggi...hidup n mati dalam redhaNya..alangkah bahagianya....

---------------------------------------------------------

p/s: Alhamdulillah, pbl tadi sangatla best! sebab selalunya pbl ini akan cause kita untuk hafal dan bukannya faham, but then today, lecturer itu membuatkan saya faham! yang paling penting..akhirnya saya faham apa itu exercise-induced asthma dan pathophysiological basis disebaliknya..sangat menarik..InsyaALLAH nanti saya cerita ^_^
maka seek to understand and apply!..
sama juga penghayatan Al-Quran, menghayati dan mengamalkan ^_^

p/s2: buat alin, akak doakan moga Allah permudahkan awak dalam imtihan yang bermula esok. selamat berjuang adikku~

4.10.09

di manakah abi?

Bismillahirahmanirahim

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Sunyi sepi pagi ini
Selesai sahaja bersahur, saya 'surf' internet mencari lagu untuk menjadi 'peneman' studi [kalau tidak pasti saya akan tidur kembali huhuhu]

Akhirnya saya terjumpa lagu ini
Lagunya sangat simple, liriknya juga simple, tetapi membawa maksud yang mendalam.

Buat para mujahid dan mujahidah Islam


Arraid - di manakah abi?

dalam damai teratak sepi
menjelma pertanyaan menyentak hati
bermainlah pilu sang isteri
membelai pipi permata suci

umi,
dimanakah abi?
bergetarlah bibir mencari
perlukah ku kisahkan
apa yang terjadi
pada si kecil yang ingin mengerti
sayang abi
kekasih umi
pergi mencari cinta Illahi

tidurlah sayang...
umi dodoikan
bersama zikir mendamaikan
bangunmu esok
menjadi pejuang mujahid sepanjang zaman


3.10.09

kesempatan


Bismillahirahmanirahim
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Melihat statusnya, saya rasa tidak senang hati.
kenapa pula dengan sahabat saya ini?
Semoga Allah memberinya kekuatan menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan yang tidak henti2 mendatang.

tabah ye ukhti~

********************************


Terubat rindu saya apabila melihat wajahnya.
Dia menemani saya berbuka puasa dengan tempe goreng yang dibawa daripada rumahnya. Dibekalkan oleh ibunya khas untuk saya.
Semakin hari semakin sayang saya kepadanya.
Uhibbukifillah ukhti!

Teringat kembali kenangan di sana.
Melihat matahari terbenam..melihat awan bergerak ditiup angin
Kenangan itu InsyaAllah akan saya simpan untuk selamanya.

enti, ana rindu enti~
maafkan ana...

sementara ada kesempatan.....

2.10.09

3:8

"[Mereka berdoa], "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi"

Al-Wahhab
Al-Wahhab
Al-Wahhab
Allah Maha Pemberi

mencari semangat yang telah hilang

Bismillahirahmanirahim

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar

semangat yang telah hilang
sudah ku jumpai

manusia itu diciptakan lemah supaya mereka sentiasa ingat bahawa ada kuasa yang lebih hebat menciptakan mereka.
manusia itu juga mudah lupa dan mudah terleka sebab itu Allah utuskan para Rasul untuk mengingatkan mereka siapa diri mereka sebenarnya.
manusia itu juga mudah hilang semangat kecuali mereka yang sentiasa berpegang teguh pada tali Allah. Tiada terlintas langsung di hati mereka untuk berputus asa, untuk berpaling ke belakang, malah mereka semakin melangkah laju, maju ke hadapan, dengan langkah yang lebih teratur, yang lebih baik.

semangat untuk berada dalam medan dakwah telah saya jumpai kembali.
Alhamdulillah, pertemuan dengan sisters, kak summayah dan kak asma' membuatkan saya melihat kembali alam realiti, Islam yang realiti. Mengingatkan saya tugas yang masih belum selesai, dan tugas itu cukup berat [sebab itu, kita tidak boleh bergerak secara individu, secara jamaah itu lebih baik].

Alhamdulillah, ukthi Ruhul yang sentiasa bersama saya siang dan malam juga tidak berputus asa memberi komitmen 100% sebagai sahabat kepada saya.
Jazakillah ukhti~

kata-kata Hasan Al-Banna [pasted on kak sumayyah's door] memberi impak yang hebat kepada diri. Betapa pentingnya insan bergelar dai'e.

"Dai'e bukanlah segerombolan manusia kamil..tetapi hanya satu masyarakat tarbawi yang berusaha membentuk orang di sekitarnya agar menjauhi dosa dan menjadikan mereka insan mulia..apabila kita terlibat dalam dakwah, tidak bermakna iman dan ilmu kita telah sempurna..tetapi ia bermaksud kita telah menyerahkan diri kita untuk ditarbiyah dan semoga dengan ini kita mengikut manhaj yang sahih"

sekian sahaja

Assalamualaikum

p/s: pesanan sahabat buat diriku
proses tarbiyah bukan sesuatu yang cepat, hari ini tarbiyyah, esok hasilnya sudah
nampak..tidak..proses tarbiyah itu mengambil masa yang lama untuk mendapat hasil yang
paling baik. bersabarlah..