19.12.10

ujian

Bismillahirahmanirahim

Allah.

tatkala aku menulis entri kali ini, aku tidak mampu menahan lagi.
dunia betul2 menghimpit.
dan pada siapa lagi perlu aku kongsikan masalah aku.
Allah! Dia yang paling memahami keadaan aku.

sungguh, aku rindukan syurga sepertimana ruhul rindu untuk berjumpa mus'ab bin umair.
rindu akan Baginda.
sahabat-sahabatnya, Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Hamzah...
Khadijah...
Sumayyah!
hebatnya diri mereka.
dan syurga itu menantikan mereka..
mereka diuji dengan hebat sekali.
dan selayaknya, balasan yang mereka dapat juga mesti hebat.
Allah kan adil :)

tetapi Allah menjanjikan syurga itu untuk hamba-hambaNya yang benar-benar berusaha untuk mendapatkannya.
dan setiap usaha itu pasti dikira. setiap langkah yang diambil itu dikira.
jika aku membandingkan diriku dengan mereka yang berjihad menjual diri, keluarga dan harta mereka untuk Allah, jauh sekali syurga itu untukku.
ujian yang aku terima ini hanya sedikit dibandingkan dengan ujian mereka.

Allah.

wajarkah aku untuk merungut dan berlemah diri?

tidak.

kerana syurga itu mahal harganya

doakan aku kuat.
bukan sekuat superman
tetapi kuat macam faris audah :)

3 comments:

Aisyah said...

Salam,

Ingatlah tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)".(Sura Al-kahf: ayat 10).

semoga Allah mengurniakan rahmat yang melimpah ruah dan memberi petunjuk atas urusan Maisarah
wassalam

maisarah said...

waalaikumusalam wrt wbt
jazakillah ukhti :)
insyaAllah

ruhul said...

semoga terus kuat dan bertahan.

i know u are strong. keep close to Allah. keep close to Him every second.

love u because of Allah,
may Allah meet us again in His jannah,

ruhul