1.7.11

pinjaman

Bismillahirahmanirahim

Allah!

Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan pada kita kan? Kadang-kadang kita terlupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Sering meminta lebih sedangkan apa yang telah diberi adalah yang terbaik buat kita. Apabila melihat orang yang lain lebih cantik, kita rasa cemburu, sedangkan Allah dah jadikan muka dan badan kita cukup sempurna. Cuba lihat pada mereka yang tidak cukup sifat tangan dan kakinya, yang dilahirkan buta mahupon pekak sejak kecil, ataupon pada mereka yang tidak sempat untuk menjejakkan kaki di dunia. Pernahkah kita terfikir, betapa banyak molekul-molekul oksigen yang Allah bagi pada kita untuk kita bernafas? ataupon denyutan nadi yang jika Allah kehendaki, boleh sahaja Dia berhentikan? Allah! Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang!

Dan semua ini adalah PINJAMAN Allah buat kita.
Pinjaman! Ia, bukan milik kita.

Maka, bukankah elok sekiranya kita mengorbankan jiwa, harta, dan masa yang Allah pinjamkan kita ini untuk mencari redhaNya? untuk berjihad di jalanNya?

"Sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar" [Al-Hujurat: 15]

p/s: pesanan seorang ukhti " tidak boleh bermalas-malasan. kena laju macam roket!"

1 comment:

hamraa' ツ. said...

:) tiada apa pun menjadi milik kita.

*lambat seminit pun boleh tertinggal train kan?