11.8.10

Ramadhan


Bismillahirahmanirahim

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu akbar

Alhamdulillah, sudah hari ke-2 Ramadhan. Bagaimana pula dengan hari pertama?

Isnin yang lepas, Alhamdulillah saya berjaya menghabiskan novel terbaru Hilal Asyraf yang bertajuk Sinergi. Dan saya tertarik dengan satu slot dalam novel tersebut tentang Ramadhan

....

...Dr. Mahmud Malkawi berkata:

"Ramadhan ibarat tempat rehat di tengah-tengah perjalanan yang panjang. Kehidupan ini satu perjalanan dan Ramadhan adalah tempat rehatnya. Di dalam Ramadhan kita disediakan pelbagai peluang untuk mengambil bekalan rohani. Lebih penting, bagi sesiapa yang berusaha memenuhkan rohaninya dengan bersungguh, maka dia akan mendapat bekalan terhebat semasa hendak berangkat meneruskan perjalanan."

Dr. Mahmud menerangkan bahawa, bekalan terhebat itu adalah takwa.

Kewujudan Ramadhan yang sebulan lamanya, adalah pengisytiharan kepada kepentingan takwa. Allah mengarahkan hamba-hambaNya agar melalui Ramadhan dengan baik untuk menggapai ketakwaan ini. Ibadah Ramadhan bukan hanya seminggu, tetapi sebulan. Ibadah terpanjang dalam Islam.

....

SubhanAllah, sebulan lamanya!
Satu peluang yang tidak boleh kita sia-siakan.
Jom.
Jom kita kutip bekalan.
Bekalan rohani, sebelum kita meneruskan perjalanan.
Jom kita usahakan untuk kutip bekalan yang terhebat.
Jom [Jom apa lagi??]
Jom penuhi mission Ramadhan kita - putting together the pieces of taqwa!


"Wahai orang-orang yang beriman. Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"
[Q 2:183]

p/s1: salam ramadhan buat semua esp my dearest hawariyyun dan kak S [rindu!]
p/s2: buat adik2 yang bakal menduduki unis [di manipal], bittaufiq wannajah. semoga Allah permudahkan urusan adik2. InsyaAllah ber'perang' pada bulan Ramadhan ini akan memberi kekuatan dan keberkatan pada adik2. Ingat pada perang Badar! InsyaAllah kemenangan yang sama akan diberikan pada adik2. doa, usaha, ikhtiar, tawakal.
p/s3: promosi: bacalah sinergi ^_^

2 comments:

islahnafsi said...

salam alaik...akak....xaci dah baca sinergi!!!!...hehehe...zam pon da beli gak...iA balik m'sia nnt dpt baca...doakan kami kt cni ek.Ramadhan Kareem waAllahu akram!=)

maisarah said...

waalaikumusalam.
hehehe. insyaAllah. kena baca! ^_^
insyaAllah, akak akan doakan awk2 semua. salam ramadhan sis!