Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Terasa penat, namunku gagahi jua untuk menulis entri buat adik yang dikasihi. Sudah seminggu saya mendiamkan diri. Belajar daripada kesilapan lalu, tidak mahu mengulanginya lagi. Namun, sekali-sekala saya tewas dalam sudut yang lain pula. Laptop ditutup, katil pula memanggil. Allah sebaik-baik Penolong. Mujahadah sahaja kekuatan buat diri. Amanah tetap amanah.
Hari ini, hari istimewa buat si dia. Dia yang lahir pada tahun 1988. Perkenalan kami cukup singkat, Alhamdulillah kerana DIA, cinta dan rindu kami tetap subur dari hari ke hari. Perkenalan yang bermula dengan 'ingin menyewa rumah senior' menyebabkan satu tali terikat rapi. Teguh. Tersimpul erat.
Hadiah dan kad sahaja peninggalanku buat dirinya. Tidak lupa juga pelukan erat sebagai tanda sayang saya kepadanya.
Rindu.
Kata terakhir dariku.
Adikku,
walaupon kita terpisah beribu-ribu batu, ingatlah akak sentiasa mengingati dirimu.
Akakmu ini mendoakan Allah menjadikan hari-harimu dipenuhi keberkatan dan dirimu terus tsabat di jalan ini.
moga dengan hari ulangtahun ini mengingatkan dirimu akan 'kependekan umur'
i will be there whenever you need me
maaf akak tiada hadiah buatmu, doa ini sahaja pemberian akak buatmu
Salam sayang
kakakmu..
1 comment:
akak..hampir menitis air mata bile bace post akak nih...
akak banyak bg kekuatan semangat dorongan..
always dere when i need u..
thanx again!!~
terima kasih kak!!!~
xperlu hadiah..kerana pertemuan ngan akak adalah antara hadiah yang paling berharga dalam hidup kita..
syukran..
wif luv,from ur sister to my beloved sister..
Post a Comment