24.2.10

minggu peperiksaan [1]


Bismillahirahmanirahim

[hari kedua – 23.02.10]

Letih, penat. Itu yang seringkali saya katakan semasa minggu peperiksaan ini. Sering mengeluh. Sering bertanya ‘kenapa perlu ada peperiksaan?’

Tetapi saya lupa. Peperiksaan itu sebenarnya suatu proses evaluasi untuk melihat sejauh mana tahap pengetahuan kita. Tanpa peperiksaan, tiada refleksi diri. Tidak ada daya/usaha untuk menjadi ‘berlian’ dan ingin meninggalkan cara hidup ‘sampah’. Sebab kita sentiasa fikir kita sudah buat yang terbaik, kita dah capai yang terbaik. Tapi betul ker kita dah sampai tahap itu? [tepuk dada tanya diri ^_^]

Minggu peperiksaan kali ini mengajar saya erti starting from the correct phase will end you at the correct place’ [Tidak lupa juga dengan pesanan ustaz hasrizal - begin with the end in mind] Sekiranya memulakan semester baru dengan niat yang betul, dan melaluinya dengan cara yang betul, insyaAllah akan bawa hasil yang tidak sia-sia. Tetapi, jika dimulakan dengan sebaliknya, parah lah akibatnya. Di malam hari peperiksaan baru mula bertungkus lumus mengingat ini dan itu, kesian pada akal yang terpaksa menelan input dengan banyak pada satu masa. Malah, setakat di short memory sahajalah ilmu itu disimpan bukan untuk long memory yang boleh diamalkan dan dimanfaatkan seumur hidup. Akhirnya, penghasilannya juga tidak memuaskan.

Dan sering juga saya bertanya pada diri ‘mampukah aku menempuh 2 tahun lagi?’

Kalau diri kata mampu, insyaAllah. Mampulah jawap nya. Tetapi jika diri yang lemah semangat dan cepat berputus asa dengan berkata ‘aku tak mampu la’, maka tidak mampu lah kita. Saya teringat pada kata-kata abang ngah semasa KBM, ‘you get what you think’. Kalau kita asyik fikir negatif, maka semua benda akan berhasil dengan sesuatu yang negatif. Maka, selalulah berfikiran positif. Sama juga dengan kita berdoa. ‘HE gives what we ask for’. Apa yang kita minta dalam doa kita itu yang kita dapat. Cuma, masa diberi, hanya Allah sahaja yang tahu. Cepat atau lambat. Dan kadang-kadang kita tak sedar Allah telah makbulkan doa kita, contohnya kita mohon supaya Allah menjadikan kita hambaNya yang sentiasa dalam kesabaran dan ketabahan. Allah akan beri kita ujian supaya kita menjadi orang yang lebih kuat dan lebih tabah.

Sekian sahaja kali ini.

wallahualam

p/s1: insyaAllah akan diupdate lagi esok

p/s2: dan jangan lupa – your mind controls your body

p/s3:buat shbt2 yang sedang menduduki peperiksaan – bittaufiq wannajah

p/s4: jazakillah ruhul~

2 comments:

rusnarusli said...

salam maisarah!
selamat bermujahadah! semoga Allah permudahkan semuaanyaaaaa..

maisarah said...

salam rusna~
jazakillah uti! [dah ikot style iman ^_^]