26.2.10

jejak Rasul




kami juga merinduimu, Ya Rasulullah...T_T

24.2.10

minggu peperiksaan [1]


Bismillahirahmanirahim

[hari kedua – 23.02.10]

Letih, penat. Itu yang seringkali saya katakan semasa minggu peperiksaan ini. Sering mengeluh. Sering bertanya ‘kenapa perlu ada peperiksaan?’

Tetapi saya lupa. Peperiksaan itu sebenarnya suatu proses evaluasi untuk melihat sejauh mana tahap pengetahuan kita. Tanpa peperiksaan, tiada refleksi diri. Tidak ada daya/usaha untuk menjadi ‘berlian’ dan ingin meninggalkan cara hidup ‘sampah’. Sebab kita sentiasa fikir kita sudah buat yang terbaik, kita dah capai yang terbaik. Tapi betul ker kita dah sampai tahap itu? [tepuk dada tanya diri ^_^]

Minggu peperiksaan kali ini mengajar saya erti starting from the correct phase will end you at the correct place’ [Tidak lupa juga dengan pesanan ustaz hasrizal - begin with the end in mind] Sekiranya memulakan semester baru dengan niat yang betul, dan melaluinya dengan cara yang betul, insyaAllah akan bawa hasil yang tidak sia-sia. Tetapi, jika dimulakan dengan sebaliknya, parah lah akibatnya. Di malam hari peperiksaan baru mula bertungkus lumus mengingat ini dan itu, kesian pada akal yang terpaksa menelan input dengan banyak pada satu masa. Malah, setakat di short memory sahajalah ilmu itu disimpan bukan untuk long memory yang boleh diamalkan dan dimanfaatkan seumur hidup. Akhirnya, penghasilannya juga tidak memuaskan.

Dan sering juga saya bertanya pada diri ‘mampukah aku menempuh 2 tahun lagi?’

Kalau diri kata mampu, insyaAllah. Mampulah jawap nya. Tetapi jika diri yang lemah semangat dan cepat berputus asa dengan berkata ‘aku tak mampu la’, maka tidak mampu lah kita. Saya teringat pada kata-kata abang ngah semasa KBM, ‘you get what you think’. Kalau kita asyik fikir negatif, maka semua benda akan berhasil dengan sesuatu yang negatif. Maka, selalulah berfikiran positif. Sama juga dengan kita berdoa. ‘HE gives what we ask for’. Apa yang kita minta dalam doa kita itu yang kita dapat. Cuma, masa diberi, hanya Allah sahaja yang tahu. Cepat atau lambat. Dan kadang-kadang kita tak sedar Allah telah makbulkan doa kita, contohnya kita mohon supaya Allah menjadikan kita hambaNya yang sentiasa dalam kesabaran dan ketabahan. Allah akan beri kita ujian supaya kita menjadi orang yang lebih kuat dan lebih tabah.

Sekian sahaja kali ini.

wallahualam

p/s1: insyaAllah akan diupdate lagi esok

p/s2: dan jangan lupa – your mind controls your body

p/s3:buat shbt2 yang sedang menduduki peperiksaan – bittaufiq wannajah

p/s4: jazakillah ruhul~

19.2.10

biar berpada

Ummu Thana’: Kenapa perempuan aka akhawat kena jaga kalau nak letak gamba dalam internet seperti blog, facebook, friendster,profile pics etc sedangkan lelaki boleh relax je letak gamba byk2 macam2 gaya ada?

Abu Thana’: Kenapa Allah suruh perempuan tutup aurat dari kepala sampai kaki, lepas tu kena labuhkan tudung ke dada tapi lelaki tak payah?

Ummu Thana’ terkedu di situ mengakui..

Situasi di atas berlaku pada suatu hari yang sejuk selepas saya melihat gambar-gambar Abu Thana’ dan rakan-rakannya dalam facebook. Seperti biasa, Abu Thana’ tak pernah nak menjawab soalan serius saya direct to the point. Saya tanya dia, dia akan tanya balik. Tapi saya suka, sebab bila dia tanya balik buat saya berfikir kembali di mana titik pertemuannya yang saya tak nampak. Alhamdulillah. Indahnya kehidupan selepas pernikahan bila mampu melengkapi antara satu sama lain.

Kena pada gaya. Bukan nak menegah tapi biarlah berpada-pada. Dulu saya agak tak bersetuju bila Abu Thana’ cakap dia tak suka saya letak terlampau banyak gambar sesuka hati dalam blog, facebook, friendster etc. Gambar nikah dan walimah kami pun dia tak selesa untuk saya letak dimana-mana apatah lagi gambar selepas bertunang, memang dia pernah mengingatkan supaya saya tidak mempamerkan sesuka-hati. Tapi disebabkan saya yang degil ini dan juga tidak mahu mendengar kata Abu Thana’, saya letak juga gambar tunang kami seketika di Friendster sebelum saya delete kesemuanya selepas rasa bersalah timbul sendiri bila hati rasa malu pada Allah swt. Ketika itu bagi saya, meletakkan gambar adalah ibarat untuk mengikat hati antara rakan-rakan, mengkhabarkan sesuatu dan juga untuk dilihat oleh keluarga yang jauh di malaysia. Iyalah, mestilah semua rakan mahu melihat update terbaru dari kita dan melihat wajah baru setelah masing-masing semua membesar dan berubah.

Seorang sahabat saya, satu sekolah menengah dahulu, menjemput saya secara peribadi ke majlis walimahnya yang lebih awal beberapa bulan dari saya. Saya sengaja bertanya pada dia, bila masa dia bertunang? dia nyatakan bahawa dia bertunang pada bulan yang sama dengan saya sedangkan pada masa itu kami ada sahaja berjumpa untuk program akhawat di Malaysia ketika saya pulang bercuti. Saya tanya kenapa tak beritahu saya, gambar pun tak letak dalam friendster, dia katakan pada saya, tunang belum tentu akan bernikah, untuk apa dihebah-hebahkan tanpa tujuan?. Bukankah sepatutnya kalau bertunang, dihebahkan bila ada lelaki datang merisik dan disitulah pentingnya merisik dalam Islam. Saya ditegur di situ. Malu sekali lagi dengan diri sendiri. Ukhti hebat, jiwa dan pemikirannya pun hebat! Subhanallah.

Sekali lagi bukan nak melarang..

Namun melihatkan kepada dunia sekarang yang ‘macam-macam ada‘ ini, seharusnya kita lebih berhati-hati sebagai seorang perempuan. Supaya tidak menjadi isu di kemudian hari. Hanya kerana gambar, macam-macam boleh timbul. Sampaikan boleh kena saman-menyaman.

Abu Thana’ pernah berkata kepada saya bila kami berbicara isu niqab pula, kalau ikut sesetengah pendapat Imam-Imam masyhur, kalau seorang perempuan itu teramatlah cantiknya sampaikan kepada bila dia lalu sahaja, orang kiri-kanan berhenti untuk pandang dia sampailah dia hilang dari pandangan, maka dah jatuh hukum wajib pada si perempuan untuk memakai hijab tutup seluruhnya termasuklah muka. Ini kerana perempuan tersebut mengundang dosa pada diri sendiri dan juga kepada orang lain. Sebenarnya teramatlah ramai perempuan-perempuan yang cantik seperti itu dizaman ini. Apatah lagi setelah bermacam-macam produk kecantikan yang keluar di pasaran. Make-up dan sebagainya. Belum masuk lagi dengan fashion yang pelbagai ragam. Tutup tapi tak tutup. Bertambah-tambah perempuan cantik. Tambahan pula, perempuan berpenampilan cantik ‘melampau’ bukan untuk kepuasan sendiri sebenarnya. Pasti ada jauh di sudut hati mereka untuk menarik perhatian lelaki. Itu fitrah manusia. Saya dah nikah, maka saya boleh yakin dengan penyataan ini. Kalau tak, takkan lah masa solat boleh pulak pakai tutup aurat betul-betul, tapi luar solat, masyaAllah sungguh cantik. Nampak sangat terang jelas dan nyata cantik itu bukan untuk Allah swt atau kepuasan sendiri. Cuba kalau dalam dunia ini satu jantina sahaja, saya tak rasa zaman sekarang ada tudung pelbagai rupa. Sure semua tudung sama sahaja fashionnya.

Sekali lagi bukan untuk melarang supaya berpenampilan cantik..

Ada satu situasi yang ingin saya kongsikan dengan pembaca untuk melihat isu ini dengan lebih baik dan terbuka, cerita benar diolah oleh saya sendiri untuk menjaga nama dan aib mereka yang terlibat. Tersebutlah kisah seorang ukhti yang baru mula melangkah dalam alam dakwah, baru mula mengenal apa itu dakwah setelah bertahun duduk dalam usrah dan tarbiyyah. Mula bersemangat untuk mencari mad’u dan meluaskan dakwah Islamiyyah. Berkobar-kobar untuk menegakkan kalimah Allah swt. Hati teruja untuk mengajak lebih ramai untuk berjalan seiring ke syurga. Seronok untuk berkongsi kemanisan berada dalam Iman dan Islam dengan seramai mungkin manusia. Kehidupannya sentiasa tenang. Siang hari dia berkobar-kobar untuk berdakwah dengan ceria, malam harinya di isi dengan mendekatkan diri kepada Allah swt. Kepada Allah dia mengadu segala susah-payah jerit perih perjuangan setelah penat ‘bekerja’ di siang hari. Mohon supaya usahanya tidak sia-sia sambil dikuatkan lagi dengan kehadiran sahabat-sahabat seangkatan yang sentiasa bersama dalam keadaan susah ataupun senang. Ukhti yang sentiasa menjaga batas-batas dalam pergaulannya. Sentiasa mengenakan pakaian yang tidak menjolok mata. Malahan memaki tudung labuh dan pakaian yang tebal demi untuk menjaga diri lantaran perasaan malu dan takut kepada Allah swt semakin menebal dalam diri.

Namun tiba-tiba pada suatu hari si ukhti bercerita mendayu-dayu menangis kesedihan kepada sahabat baiknya selepas dia dilamar seorang lelaki ajnabi yangs soleh, yang baru sahaja dikenali. Sahabat baik yang seronok bila mendengar berita si ukhti ini telah dilamar orang, berjaya untuk menaik taraf kepada satu lagi tangga tarbiyyah demi menguatkan diri dalam jalan dakwah pelik melihat si ukhti ini kesedihan yang amat. Setelah mereka berdiskusi panjang, si ukhti ini ceritakan bahawa dia bersedih kerana bila dia bertanya kepada lelaki tersebut kenapa mahu meminang, lelaki tersebut terus menjawab tanpa segan-silu mahupun berlapik ataupun bertapis, kerana rupanya yang cantik. Iya, hanya kerana rupanya yang cantik. Selepas itu barulah si lelaki nyatakan kerana agama dan akhlak ukhti tersebut. Kesedihan ukhti itu bukanlah kerana tidak bersyukur dengan pemberian Allah swt dengan rupanya yang cantik, tapi bersedih kerana rupanya yang cantik itu menjadi isu utama dia dilamar. Kalau ikut logik akal manusia, apa salahnya dengan rupa yang cantik bukan? cantik di mata suami itu penting dalam keharmonian rumah tangga.

Betapa si ukhti sebenarnya merasa teramat bersalah dan malu kepada Allah swt dan juga kepada diri sendiri kerana dia tidak menjaga dirinya dengan sebaik-baiknya sehingga si lelaki nampak rupanya yang cantik dahulu sedangkan akhlak dan agamanya terkemudian. Bukan itu yang si ukhti inginkan setelah dia rasakan betapa dia menjaga dalam isu aurat dan juga isu pergaulan sesama lain jantina. Sementelah setelah dia betul-betul berubah dan dakwah Islam adalah jalan pilihannya. Itulah hati seorang ukhti yang mengharapkan cinta dari Allah swt dalam setiap pergerakannya. Jangan disalahkan bila perempuan/akhawat cantik terlalu memilih dalam soal pasangan.

Kesimpulannya di sini, kita sebagai perempuan perlu lebih ketat menjaga diri dari lelaki kerana setiap dari anggota kita ini mampu menjadi fitnah. Bukan setakat menjaga dalam berpakaian, atau dalam isu meletakkan gambar berlebih-lebihan di dalam mana-mana media, malahan juga dalam isu percakapan dan perbuatan. InsyaAllah. Kerana semua itu menzahirkan betapa dekatnya kita kepada Allah swt. Semakin dekat hati kepada Allah semakin kita rasa mahu berhati-hati dalam setiap tindakan. Semakin jauh diri dengan Allah swt, semakin longgar syarat-syarat yang kita letakkan pada diri sendiri. Feedback mechanism yang takkan berubah. Allah Maha Mengetahui.

Fitrah manusia inginkan yang cantik. Itu tidak salah. Malahan tidak berdosa. Tapi bagi mereka yang benar-benar berIman dengan Allah swt, cantik jadi soal kedua dan agama jadi soal pertama. Maka kita sebagai akhawat, harap tidak mengkonfiuskan lagi keadaan dengan meletakkan gambar yang tidak terjaga(anda mampu menilai sendiri) sesuka hati di mana-mana laman ataupun profile supaya kita bukan sahaja menjaga diri sendiri, malahan menjaga juga orang lain. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang belum berkahwin.

-Hijab is not just our culture but it is also our pride yang perlu dijaga sehingga ke hujung nyawa-^_^

Wallahualam

-Ummu Thana’-Mangalore, India

17.2.10

r.i.n.d.u dan c.i.n.t.a


"Sitting with the Prophet is everyone's dream"

[touched!]

T_T


orang yang beruntung

Bismillahirahmanirahim

[7:8] Timbangan pada hari itu (menjadi ukuran) kebenaran. Maka barang siapa berat timbangan (kebaikan)nya, mereka itulah orang yang beruntung

[7:9] dan barangsiapa ringan timbangan (kebaikan)nya, maka mereka itulah orang yang telah merugikan diri mereka sendiri, kerana mereka mengingkari ayat-ayat Kami.

14.2.10

say NO!!!

say NO to valentine's day!!!!

[do click, to make the image larger. jzkk]

12.2.10

bila rindu

Bismillahirahmanirahim

Sudah 6 bulan saya meninggalkan tempat itu.
Tempat yang mengajar saya erti menghargai kehidupan yang ada, mengajar saya erti hidup untuk memberi dan berkongsi apa yang saya ada, mengajar saya untuk menghargai mereka di sekeliling saya dan tempat di mana medan tempur saya baru bermula.
Tempat itu juga mengajar saya erti kesabaran, erti kegagalan dan kemenangan, erti keikhlasan, dan erti kasih sayang. Dan di situ saya menemui jalan itu. Alhamdulillah

Rindu? benar. Saya tak pernah nafikan walaupun hakikatnya saya sudah pulang ke tanah air yang berbeza sekali dengan tempat itu. Saya rindukan jiwa-jiwa itu yang selalu membuat saya kuatkan diri untuk teruskan perjuangan ini [Alhamdulillah!] dan saya nantikan kepulangan mereka walaupun ada di antara mereka akan saya jumpa dalam 2 tahun lagi. Tidak mengapa, jika Allah izinkan saya, saya akan tetap menunggu untuk mengubati rindu ini. Kalau bukan di kolej, InsyaAllah saya akan menunggu adik2 di tempat burung-burung besi mendarat. Mengubat dengan pelukan dan tangisan yang selama ini ditahan. Dan kalau bukan di dunia, InsyaAllah di syurga nanti.

Alhamdulillah, Allah izinkan saya menemui jiwa-jiwa ini yang ada di antara mereka saya kenal dalam masa 3 bulan! [SubhanAllah!] dan masih mekar ukhuwah yang terbina [Alhamdulillah!]. Setiap hari makin rindu, makin sayang walaupun jauh di mata tetapi sentiasa dekat di hati. Itulah nikmat ukhuwah yang Allah kurniakan buat kita.

Jzkk untuk semua~
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

berjuanglah sehabis baik selagi medan tempur ini belum berakhir

yang merindui adik2 dan sahabat2 di bumi manipal
[dan my dear naufa]

salam alaik~

7.2.10

satu cinta


ku memohon
dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah
segala dosa dalam diri
ku percaya
Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku... Keimananku

ku memohon
dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah
segala dosa dalam diri
ku percaya
Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku... Keimananku

Engkau
Satu cinta
yang selamanya aku cari
Tiada waktuku tinggalkan
demi cintaku kepada-Mu

Walau seribu rintangan
kan menghadang dalam diri
ku teguhkan hati ini
hanya pada-Mu
ku pasrahkan

Engkau
Satu cinta
yang selamanya aku cari
Tiada waktuku tinggalkan
demi cintaku kepada-Mu

Walau seribu rintangan
kan menghadang dalam diri
ku teguhkan hati ini
hanya pada-Mu
ku pasrahkan

Oh tuhan
Selamatkanlah hamba ini
dari segala fatamorgana dunia

Oh tuhan
Jauhkanlah hamba ini
dari hidup yang sia-sia

Kau
Satu cinta
yang selamanya aku cari
Tiada waktuku tinggalkan
demi cintaku kepada-Mu

Walau seribu rintangan
kan menghadang dalam diri
ku teguhkan hati ini
hanya pada-Mu

Engkau
Satu cinta
yang selamanya aku cari
Tiada waktuku tinggalkan
demi cintaku kepada-Mu

Walau seribu rintangan
kan menghadang dalam diri
ku teguhkan hati ini
hanya pada-Mu

Kau
Satu cinta
yang selamanya aku cari
Tiada waktuku tinggalkan
demi cintaku kepada-Mu

Walau seribu rintangan
kan menghadang dalam diri
ku teguhkan hati ini
hanya pada-Mu

hanya pada-Mu

p/s1: hanya cinta padaMu ^_^
p/s2: jazakillah ruhul~
p/s3: bila effa nak sampai malaysia ni, akak dah rindu. huhu

hold my hand



I hear the flower's kinda crying loud
The breeze's sound is sad
Oh no...
Tell me when did we become
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn that blind
We don't see that we keep hurting each other no
All we do is just fight

Now we share the same bright sun, the same round moon
Why don't we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we`ve left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Hold my hand....

Children seem like they've lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no...
How could we ignore
heartbreaking crying sounds
And we're still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it's a daily basic affair

Now we share the same bright sun, the same round moon
Why don't we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we`ve left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

No matter how far I might be
I'm always gonne be your neighbour
There's only one small planet where to be
So I'm always gonna be your neighbour
We cannot hide, we can't deny
That we're always gonna be neighbours
Your neighbour, my neighbour
We're neighbours

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we`ve left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

6.2.10

..

Bismillahirahmanirahim

benarlah


'sharing is caring'


adakah anda setuju?

[ada rasa lain kan kalau kita share sesuatu dengan sahabat-sahabat kita. share dengan hati yang ikhlas. ilmu, makanan, pendapat, kasih sayang, apa-apa pun. it somehow brings peace to the heart. tranquility. membuang sifat ego dalam diri. lagi pun, ini semua milik DIA kan dan kita hanya meminjam. feel free to share because sharing is caring ^_^]