19.9.09

cahaya itu [1]

aku melihat bilik baru aku.
"umi, kecilnya bilik ni umi"
"takpe nur, sekejap je. 2 tahun je nur akan berjauhan daripada umi dan abi. Lagipun, perak dan melaka bukannya jauh sangat kan nur?"
aku memberi senyuman kepada umi.
walaupun hati terasa berat untuk meninggalkan umi dan abi.
"kalau apa-apa jadi kepada umi semasa ketiadaan abi, bagaimana?" aku bermonolog

bilik itu mempunyai empat katil, empat almari dan 4 meja studi. setiap bilik ada empat orang pelajar.

sunyi blok f. tiada siapa-siapa kecuali abi, umi dan aku. tiada pelajar lain yang kelihatan pada waktu begini.

selesai abi dan aku membawa semua bagasi aku, kami turun ke bawah.
sebelum mereka pergi untuk pulang ke ipoh, umi sempat memberi aku ciuman di pipi dan pelukan mesra.
aku mencium tangan abi.
"nur, kalau ada apa-apa telefon umi dan abi ye. jangan lupa'.

akhirnya, mereka meninggalkan aku.
aku mula rasa keseorangan
sedangkan aku lupa, Dia sentiasa bersama aku.
tapi aku lupa....

No comments: