SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar
Alhamdulillah, selesai kelas untuk hari ini. InsyaAllah bakal bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan sekejap lagi. Memang masa yang ditunggu-tunggu. Setiap minggu selalu begitu, saya sentiasa rindukan titik pertemuan kami. Daripada satu pertemuan ke satu pertemuan yang lain. InsyaAllah malam ini berlainan sedikit dengan kehadiran kakak-kakak saifunnisa. Lagi ramai, lagi meriah insyaAllah =)
Ramadhan kali ini merupakan titik tolak saya untuk berubah. Mungkin sebab dulu saya kurang faham. Mungkin sebab dahulu saya tidak benar-benar melihat pada matlamat yang ingin dicapai pada bulan yang mulia ini. Saya masih cuba untuk berdiri teguh, walaupun seringkali tersungkur dan terjatuh. Doakan saya.
Satu.
Perpisahan.
Dalam kehidupan pasti adanya perpisahan. Dan banyak kali saya melaluinya. Namun, perpisahan atas nama Allah, InsyaAllah akan memberikan satu perasaan yang tidak dapat diucapkan oleh kata-kata. Dan sejak perpisahan setahun yang lepas, saya merindui mereka. Semakin hari, semakin kuat rindu saya pada mereka. Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang lepas, saya dan Ruhul tidak mensia-siakan peluang kami untuk teguhkan lagi tautan hati yang telah terbina. Bergerak daripada rumah pada pukul 10.15 malam, kami tiba di Terminal LCC tepat 11.15 malam.
Penerbangan mereka tiba lewat 30 minit.
Penantian itu satu penyiksaan bukan? Malam itu mengajar kami apa perasaan ibu bapa kami ketika menunggu kepulangan kami setiap kali pulangnya ke tanah air [itu cerita dahulu]. Berdebar? Iya. Itu kami, apatah lagi ibubapa adik-adik ini yang datang seawal yang mungkin untuk melihat anak-anak mereka.
Dan melihat perubahan mereka membuat saya tersenyum lebar, ada yang meninggi, ada yang makin comel, ada yang makin matang dan ada yang masih kekal setelah berubah dijentik sinar tarbiyyah. Pelukan dan senyuman sahaja hadiah saya buat mereka. Sungguh, saya rindukan mereka. Dan melihat mereka berjumpa dengan ibubapa mereka membuatkan saya turut gembira.
Alhamdulillah! Hadiah daripada Allah yang tidak ternilai – ukhuwah!
Dua.
Pertemuan.
Setiap detik perkenalan pasti ada hikmah disebaliknya. Dan hanya Allah mengetahui siapa yang bakal kita jumpa.
Saya telah berkenalan dengannya sejak saya masih di luar negara. Perkenalan kami cukup ringkas. Bermula melalui ym, sekadar bertanya khabar. Setiap kali melihat dia online, membuatkan diri saya ingin bertanya akan khabarnya. Dan setiap kali itu, dia akan mengingatkan saya pada Dia, walaupun dengan kata-katanya yang ringkas, walaupun dengan hanya statusnya di YM. Tetapi itulah kadang-kadang saya pelik. Saya tidak pernah mendengar suaranya, apatah lagi berjumpa dengan. Unik bukan? Ukhuwah atas dasar keimanan. Sesungguhnya Dialah yang menautkan hati-hati ini.
Dan tahun ini saya tekad untuk berjumpa dengannya. Alhamdulillah, setelah sekian lama, kami bertemu di sebuah masjid yang memang tidak asing bagi saya – Masjid Bandar Baru Salak Tinggi [yang berdekatan dengan KTT]. Ketika itu, dia sedang menghadiri satu program di sana. Dan pertemuan itu membuatkan saya makin rindu padanya. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah!
[Jazakillah sis!]
Tiga.
Sahabat yang baik sukar dicari.
Sejak sekolah rendah, teman karib saya sentiasa bertukar. Mungkin sebab saya selalu berpindah ke sekolah baru. Dan ke semua mereka mempunyai sifat dan perangai yang berbeza.
Saya bertemu dengan seorang sister sejak di tempat persediaan kami. Saya juga tidak sangka, akhirnya Allah menautkan kami atas jalan ini. Dan dia sentiasa berada bersama saya, sama ada saya dalam keadaan suka atau duka. Ibarat seorang kakak dan seorang adik.
'macam irfan hakimi[1]?'
:). Iya, dia adalah irfan hakimi saya!
Jarang saya mengatakan saya sayang kepadanya [lafaz yang tersimpan :)], tetapi hakikatnya, saya sangat sayang kepadanya kerana Allah. Dan saya sangat berharap satu hari nanti saya boleh duduk bersamanya dibawah sebatang pokok di syurgaNya, berkongsi cerita, bergelak ketawa. Moga Allah tsabatkan kami di jalan ini.
Tingginya impian?
Memang tinggi impian saya.
Kerana saya sayangkan mereka semua kerana Dia.
pink dreams by Healzo [deviant Art]
"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya. Penuhkanlah piala hati ini dengan cahaya rabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat tentangMU. (Jika Engkau mentaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.."
p/s: [1] Irfan hakimi - watak dalam buku sinergi