21.9.09

eid mubarak~

Bismillahirahmanirahim

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar

taqabalallahu minna wa minkum

may Allah accept from us.

selamat hari raya dan maaf zahir batin!


nur rakhawah

19.9.09

cahaya itu [1]

aku melihat bilik baru aku.
"umi, kecilnya bilik ni umi"
"takpe nur, sekejap je. 2 tahun je nur akan berjauhan daripada umi dan abi. Lagipun, perak dan melaka bukannya jauh sangat kan nur?"
aku memberi senyuman kepada umi.
walaupun hati terasa berat untuk meninggalkan umi dan abi.
"kalau apa-apa jadi kepada umi semasa ketiadaan abi, bagaimana?" aku bermonolog

bilik itu mempunyai empat katil, empat almari dan 4 meja studi. setiap bilik ada empat orang pelajar.

sunyi blok f. tiada siapa-siapa kecuali abi, umi dan aku. tiada pelajar lain yang kelihatan pada waktu begini.

selesai abi dan aku membawa semua bagasi aku, kami turun ke bawah.
sebelum mereka pergi untuk pulang ke ipoh, umi sempat memberi aku ciuman di pipi dan pelukan mesra.
aku mencium tangan abi.
"nur, kalau ada apa-apa telefon umi dan abi ye. jangan lupa'.

akhirnya, mereka meninggalkan aku.
aku mula rasa keseorangan
sedangkan aku lupa, Dia sentiasa bersama aku.
tapi aku lupa....

::kisah ikhlas::

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum..

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Hari ini, saya ingin berkongsi satu article yang saya terima daripada sahabat saya melalui emel.

Semoga dapat memberi manfaat buat semua, InsyaAllah




Renungi Kisah Ini..


Sebuah Dialog di Malam Hari, Buat Insan Bernama Dai’e


“Akhi, dulu ana merasa semangat saat-saat aktif dalam dakwah. Tapi, kebelakangan ini rasanya semakin terasa hambar. Ukhuwah makin kering-kontang, bahkan ana melihat ternyata banyak ikhwah pula yang aneh dan pelik!”


Begitu keluh kesah seorang mad’u kepada murabbinya di suatu malam. Sang murabbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kegelisahan dalam diri mad’unya.


“Lalu apa yang ingin anta lakukan setelah merasakan semua itu?” Sahut sang murrabi setelah sesaat termenung seketika.


“Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku dan sikap beberapa ikhwah yang tidak Islami. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti; kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Jika terus begini, lebih baik ana bersendiri saja.” Ikhwah itu berkata.


Sang murabbi termenung kembali. Tidak kelihatan raut terkejut daripada wajahnya. Sorot matanya tetap kelihatan tenang, seakan jawapan itu memang sudah diketahuinya sejak awal.


“Akhi, bila satu kali anta naik sebuah kapal mengharungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah rosak.. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang reput, bahkan kabinnya penuh dengan sampah bauan kotoran akibat manusia. Lalu apa yang anta lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?” Tanya seorang murabbi dengan kiasan yang mendalam maknanya.


Sang mad’u terdiam berfikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam dengan kiasan yang amat tepat.


“Apakah anta memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?” Sang murabbi mencuba memberi jawapan kepadanya.


“Bila anta terjun ke laut, sesaat anta akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan anta untuk berenang sampai tujuan? Bagaimana bila ribut datang? Dari mana anta mendapat makan dan minum? Bila malam datang bagaimana anta mengatasi hawa dingin?”


Serentetan pertanyaan dihamparkan di hadapan sang ikhwah tersebut.. Tidak semena-mena, sang ikhwah menangis tersedu-sedu. Tak kuasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya kekadang memuncak, namun sang murabbi yang dihormatinya justeru tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya.


“Akhi, apakah anta masih merasa bahawa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju redha ALLAH SWT?”


Pertanyaan yang menghujam jiwa sang ikhwah. Ia hanya mengangguk.


“Bagaimana bila ternyata kereta yang anta bawa dalam menempuh jalan itu ternyata rosak dan bermasalah? Anta akan berjalan kaki meninggalkan kereta itu tersadai di tepi jalan atau mencuba memperbaikinya?” Tanya sang murabbi lagi.


Sang ikhwah tetap terdiam dalam esakan tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya.


“Cukup akhi, cukup. Ana sedar. Maafkan ana, InsyaALLAH ana akan tetap istiqamah. Ana berdakwah bukan untuk mendapat pingat kehormatan atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan. Atau ana mendapat nama di sisi manusia. Biarlah yang lain dengan urusan peribadi masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah dan hanya Allah swt sahaja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji- NYA. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan jadi pelebur dosa-dosa ana.”


Sang mad’u berazam di hadapan sang murabbi yang semakin dihormatinya. Sang murabbi tersenyum.


“Akhi, jama’ah ini adalah jama’ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Tapi di sebalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan ALLAH SWT.”


“Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu meresahkan perasaan anta. Sebagaimana ALLAH SWT menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata anta dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Kerena di mata ALLAH SWT, belum tentu antum lebih baik dari mereka.”


“Futur, mundur lemah atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidak kesepakatan selalu diselesaikan dengan jalan itu; maka apakah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?” Sambungnya panjang lebar.


“Kita bukan sekadar pemerhati yang hanya berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding jari kerana sesuatu kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafir pun boleh melakukannya. Tapi kita adalah dai’e. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diberi amanat oleh Allah swt untuk menyelesaikan masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya membongkarnya, yang menjadikan ia semakin meruncing dan membarah.”



Sang mad’u termenung sampai merenungi setiap kalimat murabbinya. Azamnya kembali menguat. Namun ada satu hal yang tetap bergelayut di hatinya.


“Tapi bagaimana ana boleh memperbaiki organisasi dakwah dengan kemampuan ana yang lemah ini?”


Sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga.


“Siapa kata kemampuan anta lemah? Apakah Allah swt menjadikan begitu kepada anta? Semua manusia punya potensi yang berbeza. Namun tak ada yang mampu melihat bahawa yang satu lebih baik dari yang lain!” Sahut sang murabbi..


“Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah kerjasama dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang pada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu kerana peringatan selalu berguna bagi orang yang beriman. Bila ada sebuah isu atau fitnah, tutuplah telinga anta dan bertaubatlah. Singkirkan segala prasangka anta terhadap saudara anta sendiri.”


Malam itu sang mad’u menyedari kesalahannya. Ia bertekad untuk tetap hidup bersama jama’ah untuk tetap mengharungi jalan dakwah dan tarbiyah. Kembalikan semangat itu saudaraku, jangan biarkan putus asa itu hilang, ditelan gersangnya debu yang menerpa. Biarlah itu semua menjadi saksi sampai kita diberi dua kebaikan oleh ALLAH SWT.


Kemenangan atau Mati Syahid


Ikhlas adalah roh daripada setiap amal. Ikhlas adalah motivasi yang kuat agar amal kita tetap terjaga sentiasa, tidak usang kerana kepanasan dan tidak luntur kerana kehujanan, tidak ghurur kerana pujian dan tidak kendur kerana cacian. Terus bergerak ke arah tujuan yang paling tinggi puncak dan cita-citanya. Peliharalah keikhlasan dalam bekerja. Semoga kita sama-sama terus istiqamah dalam dakwah dan tarbiyyah.

18.9.09

pertama

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum..

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar


Moga Allah permudahkan segala urusan kita, InsyaAllah

peringatan untuk saya


number-one-fan

'NIAT'

Umar bin Khatab r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Hanyasanya amal-amal itu tergantung kepada niat. Dan seseorang itu akan mendapatkan apa yang dia niatkan. Barangsiapa niat hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, hijrahnya pun kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa niat hijrahnya kepada dunia yang diinginkannya atau wanita yang dinikahinya, hijrahnya pun untuk apa yang ia niatkan"
[Hadith riwayat Al-Bukhari]

Dalam apa jua kerja yang kita lakukan, niat itu yang paling utama. Niat yang terbaik ialah untuk Allah S.W.T., untuk mendapatkan redhaNya dan kasih sayangNya.

Jangan lakukan sesuatu amalan sebab pahala atau untuk mendapatkan ganjaran tetapi lakukanlah hanya sebab untuk mendapat redhaNya.

Muhasabah diri setiap kali, reflect kembali niat kita supaya kita tidak lari daripada niat asal kita.

Semoga blog ini mampu memberi manfaat. InsyaAllah

Selamat hari raya~

p/s: sedang membaca novel Hilal Asyraf 'TERASING'. Banyak input yang boleh diperoleh. Dapatkan di pasaran [hehehe]

sekian

Assalamualaikum